Setiap Makhluk tiada berdiri dengan Dirinya Sendiri Ia berdiri dengan selainnya iaitu berdiri dengan kekuasaan Allah Swt Ia Makhluk tersebut dari sudut Dirinya Sendiri adalah batil Ini kerana Hakikatnya Hakikat Makhluk itu dengan selainnya iaitu dengan Hakikat Allah Swt bukan dengan Dirinya Sendiri. Oleh yang demikian, tiada yang Hak benar pada Hakikatnya melainkan Allah Swt yang Maha Hidup lagi Maha Mentadbir yang tiada menyerupai Sesuatu Dialah yang berdiri dengan Dirinya Sendiri sedangkan selain daripadaNya berdiri dengan kekuasaanNya. Maka, Dialah Al-Haq dan selain daripadaNya adalah batil pada Hakikatnya
tentang penyaksian Wahdatul-Wujud dalam pandangan para Sufi
Sesiapa yang kuat pandangan Mata Hatinya maka keadaannya akan menjadi seimbang di mana dia tidak lagi melihat selain daripada Allah Swt Dia tidak lagi Mengenal selain daripada Allah Swt tidak tumpuan kepada yang lain-ini hal Fana Maka ketika itu dia Mengetahui bukan dengan pengetahuan akal Semata-mata tapi dengan penghayatan bahawa tiada yang Wujud kecuali Allah Swt Dia mengetahui perbuatan Dirinya merupakan kesan daripada kekuasanNya, yang mana ianya Wujud daripadaNya. Maka, tiada Wujud bagi perbuatan-perbuatannya kalau tanpaNya. Sesungguhnya Wujud itu milik Allah Swt Semata-mata, yang mana denganNyalah, sekelian Makhluk itu Wujud. Sesiapa yang dalam keadaan ini, tidak akan melihat satupun perbuatan, melainkan dia melihat Pembuatnya yang Hakiki iaitu Allah Swt
Inilah kefahaman para penghulu Sufi dan Ahli Tasawuf yang benar berkenaan dengan Wahdatul-Wujud. Siapakah yang berasakan Dirinya lebih berilmu daripada Hujjatul-Islam Imam Al-Ghazali r.a. takkala berani menyesatkan kaum Sufi hanya kerana tidak memahami maknanya dengan makna yang benar
Maksud dari kata Aku adalah Allah
Aku adalah Allah jelas bagi sesiapa yang telah Mengenali Allah dengan Sebenar-Benarnya, meyakini ketuhanan Allah menyedari Sebenar-Benarnya maksud penghambaan terhadap Allah dan merasai ketuhanan Allah dalam Diri dan kehidupan Dirinya berada dalam tadbir dan takdir Allah.
Bersih di dalam Dirinya daripada Segala fitnah Dunia jelas pada akalnya kejadian Alam dan kewujudan Dirinya dan berusaha mencari Allah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar