Rabu, 15 Desember 2021

JALAN KEMATIAN

 

Ingatlah bahawa setiap yang hidup dan bernafas akan menghadapi Mati dan ianya tetap datang apabila sampai masa yang telah-dijanjikan dan ianya tidak boleh lagi ditangguh-tangguh walaupun sesaat.


Tiap-tiap yang berjiwa bernyawa itu akan merasai Mati, Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembaikan


Wahai saudara

Hendaklah ingati

Dirimu itu akan kembali

Menemui Allah

Menuntut janji

Di saat ketika, di suatu hari

Sakratul-Maut

Akan menghampiri

Nescayalah kita menemui Mati


Adapun yang dimaksudkan dengan Mati adalah kembalinya Diri Rahsia kita kepada Allah Taala dan tamatnya perkhidmatan kita menjaga, menanggung dan mengembalikan Diri Rahsia Allah kepada Diri Ampunya Diri dan kita akan terus hidup di satu Alam yang baru dan kekal hidup buat selamanya. Di samping itu juga perlu diingatkan bahawa kematian tidak pernah Mengenal Tua atau Muda, miskin atau kaya, Alim atau Jahil, bodoh atau cerdik, Raja atau Rakyat bila sahaja sampai saat ketikanya maka Manusia itu tetap akan menghadapi Maut.


Katakanlah. sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya. maka sesungguhnya kematian itu akan tetap menemui kamu


Apabila telah datang Ajal. maka mereka tidak dapat ditangguh walaupun sesaat dan tidak pula mendahulukannya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar