Rabu, 15 Desember 2021

PESAN AYAH

 

Wahai Anakku


Apabila Anakku benar-benar beramal dan bersungguh bermujahadah dengan penuh keikhlasan,dilimpahkan ke dalam Hati Anakku rahsia di sebalik rahsia.diperlihat hakikat di sebalik syariat, engkau mengenal dirimu dengan pengenalan yang hakiki, bukan diatas hafalan ilmu semata-mata tetapi dengan dzauk dan Penglihatan.diberiNya Nur sehingga dengan Nur tersebut akan dapat menyaksikan Rahsia DiriNya.Engkau mencapai makrifat denganNya bukan dengan Guru manusia, ALLAH sendiri yang akan membisikkan pada sirrmu bahawa “ANA AL-HAQ”, maka tenggelamlah engkau dalam makrifat sehingga engkau tiada melihat tiada segala sesuatu melainkan ALLAH. Engkau akan melihat bahawa tiada suatu gerak melainkan gerak dariNya, tiada suatu yang maujud melainkan disana ada wujudNya, engkau akan memahami firmanNya; “Di mana kamu hadap disitulah wajah Allah”, “Wahai manusia, sesungguhnya kamu adalah fakir disisi Allah”, “Di mana kamu berada disitulah Ia berada” dengan kefahaman yang tiada dimiliki oleh orang biasa. engkau akan dikasihiNya sehingga akan Engkau akan Hatimu


Tafsiran syariat adalah pembukaan sedangkan pentafsiran hakikat dengan dzauk dan pandangan. Tiada akan sama seorang yang melihat permukaan laut dengan mereka yang menyelam ke dasar laut. Tiada sama mereka yang mengenal diriNya pada permukaan zahir dengan mereka yang menyelam ke dalam lautan rahsia diri. Tiada akan sama dengan seorang yang belajar mengenal ALLAH dengan Guru manusia dengan mereka yang mengenal ALLAH dengan ALLAH sendiri.Tiada akan sama mereka yang mengucap La ilaha illaLlah di alam syariat dengan mereka yang mengucapnya di alam hakikat. Tidak akan sama huruf, kalimah dan bunyinya pada alam syariat dengan alam hakikat, tiada akan sama kenikmatan atau kepedihan di alam nyata ini dengan alam hakikat, tiada akan sama orang yang mati hatinya dengan orang yang hatinya sentiasa hidup dan asyik dengan ALLAH dan inilah yang mesti difahami sebagaimana firman Allah “Tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu,” “Tiada akan sama orang ahli Syariat dengan ahli Makrifat”.


Selamat malam Anak Ayah Jika dengan Izin dan gerak Allah kita pasti ketemu lagi Ayah merindui Anak Anak Ayah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar