Minggu, 05 Desember 2021

JALAN MAKRIFAT

 

APABILA ALLAH MEMBUKAKAN BAGIMU JALAN UNTUK MAKRIFAT MAKA JANGAN HIRAUKAN TENTANG AMALMU YANG MASIH SEDIKIT KERANA ALLAH SWT TIDAK MEMBUKA JALAN TADI MELAINKAN ALLAH BERKEHENDAK MEMPERKENALKAN DIRI ALLAH KEPADA KAMU


Kalam-kalam Hikmat yang dihuraikan terlebih dahulu mengajak kita merenung secara mendalam tentang pengertian Amal Qadak dan Qadar tadbir dan ikhtiar doa dan janji Allah Swt yang semuanya itu mendidik Rohani agar melihat kecilnya apa yang datangnya daripada hamba dan betapa besar pula apa yang dikurniakan oleh Allah Swt Rohani yang terdidik begini akan membentuk sikap beramal tanpa melihat kepada Amalan itu sebaliknya melihat Amalan itu sebagai kurniaan Allah Swt yang Wajib disyukuri Orang yang terdidik seperti ini tidak lagi membuat tuntutan kepada Allah Swt tetapi membuka Hati Nuraninya untuk menerima Taufik dan Hidayat daripada Allah Swt


Orang yang Hatinya Suci bersih akan menerima pancaran Nur Sir dan Mata Hatinya akan melihat kepada Hakikat bahawa Allah Swt 

Allah Yang Maha Mulia Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mungkin ditemui dan dikenali kecuali jika Allah mahu ditemui dan dikenali Tidak ada Ilmu dan Amal yang mampu menyampaikan seseorang kepada Allah Swt Tidak ada Jalan untuk Mengenal Allah Swt Allah Swt hanya dikenali apabila Allah memperkenalkan Diri-Nya Penemuan kepada Hakikat bahawa tidak ada jalan yang terhulur kepada Gerbang Makrifat merupakan puncak yang dapat dicapai oleh Ilmu

Ilmu tidak mampu pergi lebih jauh dari itu Apabila Mengetahui dan Mengakui bahawa tidak ada Jalan atau tangga yang dapat mencapai Allah Swt maka seseorang itu tidak lagi bersandar kepada Ilmu dan Amalnya apa lagi kepada Ilmu dan Amal Orang lain Bila Sampai di sini seseorang itu tidak ada pilihan lagi melainkan menyerah sepenuhnya kepada Allah Swt Bukan senang mahu membulatkan Hati untuk menyerah bulat-bulat kepada Allah Swt Ada orang yang mengetuk pintu Gerbang Makrifat dengan doanya Jika pintu itu tidak terbuka maka semangatnya akan menurun hingga boleh membawa kepada berputus Asa Ada pula Orang yang berpegang dengan janji Allah Swt bahawa Allah akan membuka jalan Allah kepada hamba Allah yang berjuang pada Jalan Allah Kuatlah dia beramal agar dia lebih layak untuk menerima kurniaan Allah Swt sebagaimana janji Allah Dia menggunakan kekuatan Amalannya untuk mengetuk pintu Gerbang Makrifat Bila pintu tersebut tidak terbuka juga maka dia akan berasa ragu-ragu


Dalam perjalanan Mencari Makrifat seseorang tidak terlepas daripada kemungkinan menjadi ragu-ragu lemah Semangat dan berputus asa jika dia masih bersandar kepada sesuatu Selain Allah Swt Hamba tidak ada pilihan kecuali berserah kepada Allah Swt hanya Dia yang memiliki kuasa Mutlak dalam menentukan siapakah antara hamba-hamba Allah yang layak Mengenali Diri-Nya Ilmu dan Amal hanya digunakan untuk membentuk Hati yang berserah Diri kepada Allah Swt

Aslim atau menyerah Diri kepada Allah Swt adalah perhentian di hadapan pintu Gerbang Makrifat Hanya para hamba yang Sampai di perhentian Aslim ini yang berkemungkinan menerima kurniaan Makrifat Allah Swt menyampaikan hamba Allah di sini adalah tanda bahawa si hamba tersebut dipersiapkan untuk menemui Allah Aslim adalah makam berhampiran dengan Allah Swt

Sesiapa yang sampai kepada makam ini haruslah terus membenamkan Dirinya ke dalam lautan penyerahan tanpa menghiraukan banyak atau sedikit Ilmu dan Amal yang dimilikinya Sekiranya Allah Swt kehendaki dari makam inilah hamba diangkat ke Hadrat-Nya.

Jalan menuju perhentian Aslim iaitu ke pintu Gerbang Makrifat Secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu 

Jalan pertama dinamakan Jalan Orang yang mencari danJalan kedua dinamakan Jalan Orang yang dicari

Dengan beramal Mentauhidkan Diri Sejati tanpa Wujud Diri Sendiri dengan penuh Semangat Diri Semoga ketemu Diri Sendiri dengan penuh Semangat Kejujuran yang Ampunya Diri Sendiri


Tidak ada komentar:

Posting Komentar