Jumat, 03 Desember 2021

JALAN PULANG KEPADA RAHMAT ALLAH

 

Terbentang Luas Dan bersegeralah kamu kepada Ampunan dari Tuhanmu dan kepada Syurga yang luasnya seluas langit dan Bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.


Antara keistimewaan Islam yang Agung ini adalah Jalan Pulang ke pangkuan Agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan Peluang seorang Insan Kembali ke pangkuan keampunan dan keredaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang jarak Waktu latar Diri keturunan atau harta.


Sesiapa yang ingin Pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh Agama ini disebabkan jenis dosanya atau keturunan usianya yang lanjut atau apa sahaja


Seseorang yang ingin Kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat Insan tersebut menyesali kesilapannya benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu Jika kesalahan itu sesama Insan lain dia memohon maaf dari yang dizalimi Jika tidak mampu bimbang Mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hamba-Nya.


Firman Allah Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya Diri Sendiri mereka ingat kepada Allah lalu memohon Ampun dosa-dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan itu sedang mereka Mengetahui akan salahnya dan akibatnya Orang- orang yang demikian SifatNya balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.


Islam bukan seperti sesetengah ajaran yang menyuruh seseorang yang berdosa membuat pengakuan di hadapan orang Agama atau melakukan upacara yang menyeksa Diri demi penghapusan Dosa seperti melukakan Diri atau berjalan atas bara Api atau membuat bayaran penebusan.


Demikian perbuatan sesetengah pihak mencari rezeki dengan mengambil upah untuk pelupusan Dosa Solat atau puasa atau ibadah yang lain, bukan dari ajaran Islam. Islam tidak pernah mengenal itu semua. Seperti Islam tidak pernah menerima sama sekalipun perbuatan sesetengah agama lain yang mengeluarkan surat berbayar untuk penghapusan Dosa demikian Islam tidak dapat menerima perbuatan penganutnya jika melakukan hal yang sama dengan mengeluarkan borang pahala yang dijual sempena Ramadan atau selainnya.


Keampunan dan Rahmat Allah bukan dijual di jalanan Ia sangat berkaitan dengan keluhuran Jiwa yang Ikhlas ingin Kembali kepada Allah Yang Maha Pengampun Jika keampunan hanyalah bayaran yang dibayar kepada pihak tertentu tentulah semua orang kaya tempatnya di Syurga.


Sementara si miskin yang tidak mampu membayar kepada golongan Agama tiadalah habuan keampunan untuknya. Maka tidaklah perlu lagi seseorang berpegang dengan Agama cukuplah dengan membanyakkan Ongkos maka selamatlah dia di sisi Allah Aduhai tentu tidak demikian


Firman Allah Maksudnya Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan Manfaat sesuatu apapun Kecuali Orang yang datang menghadap Allah dengan Hati yang Sejahtera Dan pada hari itu didekatkan Syurga bagi orang- orang yang bertakwa Dan diperlihatkan Neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat.


Seseorang yang berdosa pula tidak disuruh mendedahkan dosanya kepada orang lain sekalipun di hadapan ulama atau siapapun di kalangan Manusia Bahkan dia disuruh bertaubat antara dia dengan Allah dan menutup keburukan Dirinya daripada orang lain


Nabi Saw bersabda Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim Allah tutup keburukannya di Dunia dan Akhirat.


Termasuk dalam perkataan Muslim itu Diri Insan yang berdosa itu sendiri dia juga tentu seorang Muslim Maka dia wajib menutup keaiban Dirinya Maka dalam Islam tidak ada pengakuan Dosa di hadapan paderi Sesiapa sahaja yang berasa berdosa dan ingin Kembali kepada Allah maka dia bertaubat di mana sahaja dia berada.


Sabda Nabi Sesungguhnya Allah menerima Taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke Halkumnya dinilai hasan oleh al-Albani Aduhai luasnya Rahmat Allah dalam Agama ini Bahkan dalam sebuah Hadis kudsi Allah berfirman Wahai anak-anak Adam selagi mana Engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku Aku Ampunkan Engkau walau apapun dosamu Aku tidak peduli Wahai anak-anak Adam jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dari-Ku Aku Ampunkan Engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam Engkau jika datang kepada-Ku dengan Dosa yang hampir memenuhi Bumi namun Engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu Nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.


Bahkan kita dilarang kecewa dengan hidup disebabkan Dosa yang lalu Sebaliknya disuruh agar Sentiasa memohon keampunan daripada Allah dan jangan kecewa dari rahmat-Nya Firman Allah dengan penuh Syahdu dalam surah al-Zumar maksudnya Katakanlah Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap Diri mereka Sendiri dengan perbuatan Maksiat janganlah kamu berputus Asa dari Rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar