Inilah peringkat Martabat Nafsu yang pertama yang benar-benar direhai Allah Seperti yang Saudara kita nyatakan Yang layak masuk Syurga Allah Maknanya Siapa Sampai pada Maqam ini bererti Syurga tetap terjamin Allah Hakikat inilah yang difirmankan Allah
Wahai orang yang berjiwa bernafsu Mutmainnah pulanglah kepangkuan Allah dalam keadaan redhai meredhai oleh Allah dan masuklah ke dalam golongan HAMBAKU dan masuklah ke dalam SyurgaKU
Pada peringkat ini Jiwa Mutmainnah merasakan ketenagan hidup yang Hakiki yang bukan dibuat-buat Tidak ada lagi perasaan gelisah Semuanya lahir dari Tauhidnya yang tinggi dan mendalam Tauhid yang Sejati dan Hakiki Tidak ada lagi perbezaan senang dengan susah baginya sama sahaja Pada Maqam inilah permulaan mendapat Darjat Wali Allah
Antara Sifat-Sifat Maqam ini adalah
1. Taqwa yang benar.
2. Arif
3. Syukur yang benar
4. Tawakkal yang Hakiki
5. Kuat beribadat
6. Redha dengan ketentuan Allah
7. Murah Hati dan seronok bersedekah
8. Dan lain-lain Sifat Mulia yang tidak dibuat-buat
Pada Maqam ini biasanya walaupun tidak Semestinya akan adanya keramat-keramat yang luar biasa serta mendapat Ilmu dengan tak payah belajar sebab sudah dapat mengesan Rahsia-Rahsia dari LohMahfuz Adanya Sifat lidah masin Apa yang keluar dari mulut bukan sembarangan lagi bahkan menerusi yang dipanggil sebagai Inkisaf Mereka sudah menguasai Ilmu peringkat Nur Tajali, Sir dan juga Sirussir, iaitu lebih tinggi dari Maqam Mulhamah. Yang dikatakan menerusi Sirussir ialah cara penerimaan dengan telinga dan Mata Batin. Kalau Mulhammah tadi baru terbuka dengan telinga Batin tanpa Mata Batin. Dengan Mata Batin inilah dia berupaya melihat sesuatu yang Ghaib yang tak mampu dilihat oleh Mata biasa kita Malah dapat melihat sesuatu yang akan berlaku pada masa akan datang Betul-betul macam melihat TV Malah siap boleh rewind lagi Kalau Guru kita nak lihat sejarah hidup kita yang lalu biasanya dia akan memerhati Rakaman hidup kita dan mengesan dimana kesilapan kita dan memberi petua untuk membetulkannya Kalau mencuri disuruhnya kita memulangkan Kembali serta minta halal dan maaf dan sebagainya lagi Namun begitu dia tetap akan menjaga Aib Muridnya kepada orang lain Perlu dingat pada peringkat ini dia tidak terganggu penglihatan dan pendengaran Zahirnya pada masa sama melihat dan mendengar yang Batin walaupun duduk di kedai kopi bersama-sama orang lain Melalui penerimaan Sirussir ini dia berupaya melihat Alam Barzakh menjelajahi Alam Alam Malakut Keyakinan mereka sudah pada tahap Ainul Yakin dan Haqqul Yakin
Fana juga boleh berlaku yang dikenali sebagai Fana Qalbi iaitu merupakan penafian Diri ataupun menafikan Maujud Dirinya dan diisbatkan kepada Wujudnya Allah Semata-mata Inilah peringkat yang kita bincangkan dulu Mengenai LAA MAUJUD ILLALLAH Keadaan inilah yang digambarkan ALLAH
Semua yang ada adalah Fana Tiada Wujud Hakikinya Dan yang kekal Baqa itu adalah Wajah Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar