Sembahyang orang yang cinta Mahabbah ialah memFanakan Diri Sementara Sembahyang orang awam ialah Rukuk dan Sujud.
Setengah mereka yang Fana lupa Diri sendiri dalam satu tajali Zat dan kekal dalam keadaan itu selama-lamanya. Mereka adalah Majzub yang Hakiki.
Sufi itu mulanya satu titik Air dan menjadi lautan. Fananya Diri itu meluaskan kupayaannya. Keupayaan setitik Air menjadi keupayaan lautan.
Dalam keadaan Fana, Wujud Salik yang terhad itu dikuasai oleh Wujud Allah yang Mutlak. Dengan itu Salik tidak mengetahui Dirinya dan benda-benda lain. Inilah peringkat Wilayah Kewalian Perbezaan antara Wali-wali itu ialah disebabkan oleh perbezaan tempoh masa keadaan ini. Ada yang merasai keadaan Fana itu satu saat, satu jam, ada yang satu harian seterusnya. Mereka yang dalam keadaan Fana seumur hidupnya digelar Majzub. Mereka masuk ke dalam satu suasana dimana menjadi Mutlak.
Kewalian ialah melihat Allah melalui Allah. KeNabian ialah melihat Allah melalui Makhluk. Dalam kewalian tidak ada bayang Makhluk yang Wujud. Dalam KeNabian Makhluk masih nampak di samping memerhati Allah. Kewalaian ialah peringakat Fana dan KeNabian ialah peringkat Baqa
Tidak ada pandangan yang pernah melihat Tajalinya Zat. Jika ada pun ia mencapai Tajali ini, maka ianya binasa dan Fana kerana Tajali Zat melarutkan semua Cermin penzahiran
Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah meliputi Segala-galanya
Tajali bererti menunjukkan sesuatu pada Dirinya dalam beberapa dan berbagai bentuk. Umpama satu biji benih menunjukkan Dirinya sebgai beberapa ladang dan satu unggun Api menunjukkan Dirinya sebagai beberapa unggun Api.
Wujud Alam ini Fana Binasa dalam Wujud Allah.Dalilnya ialah Firman Allah dalam Surah An-Nur.
Cahaya atas Cahaya, Allah membimbing dengan Cahaya-Nya sesiapa yang dikehendakinya.dan Allah adalah Cahaya langit dan Bumi.
Muraqobah ialah memFanakan hamba akan AfaalNya dan SifatNya dan ZatNya dalam Afa'al Allah, Sifat Allah dan Zat Allah.
Al-Thomsu atau hilang iaitu hapus segala tanda-tanda sekelian pada Sifat Allah. Maka iaitu satu bagai daripada Fana.
Tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Fana
Mikraj Muhammad
Alamat Sampai Kepada Maqam Yang Tinggi
Pesanan Dari Guru Murshid.
Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika Syariat dan Tharikat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya.
Dari itu Saudara-Saudaraku anda seharusnya banyak menuntut dan mendalami Ilmu-Ilmu Agama yang berkaitan dengan Usuluddin dan Asas Tasauf untuk mendekatkan Diri dengan Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar