Sebenarnya Ruh ini hanya bercerai dan berpaling dari Badan Oleh kerana berpaling ini maka kakulah Segala yang bersangkut dengan kekuatan-kekuatan Haiwaniah dan Tabii'yah Maka diamlah yang bergerak itu dan dikatakan kepada yang diam itu ialah MATI.
Ahli-ahli Tharikat atau ahli Tasauf lebih banyak berpegang pada Roh dan Qalbu dari berpegang pada peribadi Apabila Roh itu dari urusan Allah Taala maka beradanya dalam badan adalah Sebagai Orang dagang Mukanya mengarah pada Asalnya dan tempat datangnya Ia dapat mengambil faedah-faedah dari pihak Asalnya lebih banyak dari apa yang ia dapat dari pihak peribadi bila Ruh itu kuat dan tidak dikotori oleh kekotoran-kekotoran tabiat
Bila Anda Mengetahui Ruh adalah Jauhar Mufrad dan Mengetahui pula Jasad memerlukan ruang dan A'Radh maka selain dari ini tidak ada lagi melainkan Jauhar Ketahuilah bahawa Jauhar ini tidak menempati pada sesuatu tempat dan tidak mendiami pada sesuatu ruang Bukanlah badan adalah ruang bagi Ruh dan bukan pula tempat bagi Qalbu malahan badan adalah alat Ruh alat Qalbu dan kenderaan Jiwa Zat Ruh Sendiri tidak bersambung dengan bahagian-bahagian Badan dan tidak berpisah daripadanya bahkan ia menhadap kepada Badan memberi faedah dan melimpah kepadanya
Mula-mula lahir Nur Ruh pada Otak kerana Otak tempat kenyataan yang khas
Pada bahagian depannya ia menjadi penjaga
Pada bahagian tengahnya ia menjadi Menteri dan pentadbir
Pada bahagian belakangnya ia menjadi Perbendaharaan Ahli Perbendaharaan dan Seluruh bahagian manjadi kakitangan dan kenderaan
Roh Haiwani menjadi khadam
Roh Tobie menjadi wakil
Badan menjadi kenderaan
Dunia menjadi medan
Hayat menjadi barang modal
Gerak menjadi perniagaan
Ilmu menjadi keuntungan
Hari Akhirat menjadi Matlamat dan tempat pulang
Syarak menjadi Jalan dan cara
Terhadap Jiwa pendorong kejahatan Nafsu Amarah menjadi penjaga dan pemerhati
Terhadap Jiwa pengkritik Nafsu Lawamah ia menjadi penyedar
Pancaindera menjadi pengikut-pengikut dan pembantu
Agama menjadi penghalang
Akal menjadi Mahaguru
Rasa Pancaindera menjadi Murid
Ar-Robh Allah menjadi pemerhati
Jiwa dengan Sifat-Sifat ini bersama dengan alat-alat ini tidak mengarah kepada peribadi yang tebal ini dan tidak berhubung dengan Zatnya malahan ia mengarah kepada Allah dan Allah memerintahkannya supaya mengambil kesempatan mendapatkan sesuatu yang berguna hingga kepada satu tempoh yang tertentu
Oleh itu Ruh tidaklah menumpukan pemerhatian ke arah memikirkan yang lain dalam masa perjalanan Hidup di atas Dunia ini melainkan berusaha Mencari Ilmu untuk menjadi perhiasan di dalam Negeri Akhirat Ini adalah kerana perhiasan harta dan anak-anak adalah perhiasan Hidup di Dunia Sahaja sebagaimana Mata menumpukan pemerhatian ke arah Mendengar suara-suara lidah siap sedia untuk menyusun kata-kata Ruh Haiwani tunduk kepada keenakkan marah Ruh Tobie cintakan kelazatam makan dan minum maka Ruh yang tenang AL-Ruh Al-Muthomainnah Ertinya Qalbu tidak menghendaki apa-apa selain daripada Ilmu dan tidak gemarkan sesuatupun Selain daripada Ilmu Ia belajar dan belajar sepanjang usianya Ia menghiasi Dirinya Dengan Ilmu dalam Seluruh Zaman hingga waktu bercerainya dari badan Jika ia menerima sesuatu yang lain daripada Ilmu maka penerimaannya ini cuma untuk kepentingan Badan bukan untuk kepentingan Dirinya dan kecintaan Asalnya Bila anda telah Mengetahui hal ehwal Ruh kekalannya yang berterusan kecintaannya dan pemerhatiannya kepada Ilmu maka patutlah Anda Mengetahui pula tentang jenis-jenis Ilmu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar