Dapatkah Allah dikenal Dengan Nyata dan Terang
Jikalau boleh bagaimanakah caranya
Ya inilah yang perlu jelas bagi Salik Pencari Allah Al-Quran telah memberikan panduan kepada kita tentang Allah Semesta Alam bahawa Allah tidak dapat dijangkau Akal fikiran tidak dapat dibayangkandan tiada suatupun yang menyerupainya di samping itu Allah juga Maha Meliputi
Dan di sinilah banyak Salik yang keliru
Mereka beranggapan Allah itu tidak dapat dilihat
Ini adalah persoalan yang rumit jikalau kita hanya memakai Akal fikiran sedangkan Al-Quran Sendiri telah menyatakan Allah itu tidak dapat dijangkau dengan Akal fikiran bagi Ana jikalau Ente mahu Mengenal Nya janganlah pakai Akal fikiran kerana ia tidak akan menyampaikan ente kepadaNya
Nah Kembali kepada persoalan Asal dapatkah Dia dilihat dengan nyata dan terang
Bagi Ana sudah pasti boleh kerana Sufi terkenal Hassan al Banna pun telah menyatakan Aku tidak menyembah Allah yang tidak Aku kenal
Bermakna beliau Kenal kepada Allah kalau Kenal pasti beliau Melihat Allah kerana kenal dengan melihat itu pasti Seiringan
Perlu Ana nyatakan memang benar Allah tidak dapat dilihat dengan Mata Zahir tetapi melihat Allah adalah dengan Mata Hati bukankah kita ini Dua dalam Satu Zahir dan Batin yang Zahir tidak dapat Melihat tapi yang Batin dapat Melihat Allah
Jadi Apabila ada Orang menyatakan Allah tidak dapat dilihat ini bermakna mereka hanya Kenal Diri yang Zahir Sahaja tetapi tidak Mengenal Diri mereka yang Batin alangkah ruginya mereka yang sebegini
Allah dapat dikenal dengan Mata Hati dan dengan mempelajari Sifat-Sifat Allah Hanya dengan Jalan inilah kita dapat Mengenal dan melihat Allah dengan Nyata dan Terang iaitu dengan pandangan Mata Hati
Jikalau ada Orang menyatakan ada jalan lain yang dapat Mengenalkan Allah dengan Sebenar-Benar perkenalan itu bagi Ana hanya Dusta Belaka dan mereka Sendiri Ana pasti mereka juga belum Melihat Allah Dengan Nyata dan Terang
Melihat Allah Dengan Nyata dan Terang adalah dengan merasakan kehadiran Allah tanpa Syak Wasangka lagi
Inilah yang dikatakan Ilmu rasa
Hanya yang merasa yang Mengenal
Dan Melihat Allah dengan Nyata dan Terang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar