Senin, 13 Desember 2021

KENAL SAMPAI TIDAK LUPA

 

Orang yang telah kenal Allah pada peringkat ini akan melihat Allah pada sekelian yang dipandangnya. Melihat Allah bukan bererti melihat Zat Allah tetapi melihat kehadiran Allah pada setiap kejadian di Alam ini. Allah sentiasa berada bersamanya dan tidak akan terluput dari ingatan walau sesaat.


Apabila melihat ke langit dilihatnya Allah pada kejadian Bulan Matahari, Bintang, Planet dan segala Cakrawala. Dilihatnya Allah pada kejadian Hujan, Awan, Angin dan segala kejadian di antara langit dan Bumi.


Apabila melihat ke Bumi dilihatnya Allah pada setiap kejadian Gunung-Ganang sungai lautan Hutan pepohonan Manusia Haiwan yang melata dan yang terbang dan segala macam kehidupan yang nyata dan yang terselindung. Semua kejadian di Bumi mengingatkan kepada kewujudan Allah Semata-mata dan tidak kepada keWujudan yang lain.


Dan apabila melihat akan Dirinya Sendiri dilihatnya Allah pada setiap ruas anggota tubuhnya yang Zahir dan yang Bathin. Mengenal diri sendiri akan kenallah kepada Yang Menciptakan Diri itu. Orang yang telah kenal Allah ke peringkat ini tidak lupa Allah akan lupa Dirinya sendiri kerana apa yang dilihat dan yang diingat adalah Allah Semata-mata. Adakala orang yang berada di peringkat ini akan kelihatan seperti kurang siuman kerana baginya hanya kewujudan Allah sahaja yang Hakiki dan bukan kewujudan yang lain.


Inilah peringkat tertinggi Mengenal Allah dan tidak semua orang yang akan dapat mencapainya Wallu'alam Bisawab.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar