Bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberikan nikmat Iman dan Islam serta nikmat kesihatan tubuh badan yang berkekalan untuk terus hidup dan berbakti
Setiap jiwa yang bernyawa pastinya akan merasai kematian Inilah satu ketentuan ilahi yang telah ditetapkan oleh Allah sejak Azali lagi Setiap dari telah dicatatkan rezekinya jodohnya dan ajalnya Semuanya ditentukan Allah jua.
Antara perkara yang Ghaib yang dirahsiakan Allah adalah kematian Bilakah ajal Di manakah menemui ajal Bagaimana Mati Adakah Mati dalam keadaan bahagia Husnul Khatimah ataupun sebaliknya Di manakah jasad nanti dikuburkan Semuanya hanya diketahui oleh Allah Antara hikmah Allah sesungguhnya Allah hendak menguji sebagai hamba Allah adakah benar-benar beriman kepada Allah Sejauhmana mamahami Hakikat kejadian di Dunia ini Beruntunglah bagi yang sentiasa mengingati Allah dan kerugian nyata bagai yang Alpa.
Dari Allah datang kepada Allah jua kembali Kematian bukanlah beerti satu pengakhiran. Tetapi ini hanya pemutus hubungan Dunia dan sebagai satu Alam persinggahan Sementara sebelum dikumpulkan semula di Mahsyar pada hari yang membawa kebahagiaan selamanya kepada yang sentiasa berwaspada dan mendatangkan penyesalan nyata lagi tidak berkesudahan bagi yang sering lalai.
Maka, persiapkanlah Diri sebelum dijemput Ajal Perbanyakkan sedekah jariah yang ikhlas Amalan Soleh yang istiqomah melalui ilmu yang bermanfaat dan didikilah Diri Sendiri agar menjadi Insan Soleh dan solehah yang akan sering mengutus doa untuk Diri kelak. Benarlah apa yang dinyatakan oleh Baginda Saw. Mafhumnya jika Mati anak Adam, akan terputus segala Amalannya melainkan tiga perkara sedekah jariahnya Ilmunya yang bermanfaat serta Anak-Anaknya yang Soleh mendoakannya.
Saya menyeru diri saya dan sahabat agar sentiasa menuruti perintah Allah swt. Janganlah kita kelak tergolong daripada manusia yang menangis dan menempik akibat kesesalan akibat kealpaan semasa hidup di dunia yang Menipu ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar