Senin, 13 Desember 2021

MAKAM FANA MAKAN BINASA

 

Makam Fana ialah Hilangnya Ujud kita ini Zahir dan Bathin Bukan hilang pada Nafsu Ammarah tetapi hilang dalam pandangan Makhluk kalau kita sudah benar-benar memesrakan Diri kita Zahir Bathin kepada Nur Muhammad dan bersatu dengan seluruh perikemanusiaan serta bersatu dengan seluruh Alam maka kalau sudah beroleh Wasiat hingga lenyaplah kepada Sifat-Sifat Allah Ta’ala Inilah yang disebut dengan Fana dan Baqa kudrat kita lenyapkan kepada kudrat Allah Ta’ala Iradat kita lenyapkan kepada Iradat Allah Ta’ala Ilmu kita lenyapkan kepada ilmu Allah Ta’ala Hayat kita lenyapkan kepada Hayatullah Zat pendengaran kita lenyapkan kepada pendengaran Allah Ta’ala penglihatan kita lenyapkan kepada penglihatan Allah Ta’ala perkataan kita lenyapkan kepada perkataan Allah Ta’ala


Maksud diatas tadi ialah


Wala Qadirun tiada kuasa hanya Allah Ta’ala

Wala Muridun tiada berkehendak hanya Allah Ta’ala

Wala Alimun tiada tahu hanya Allah Ta’ala,

Wala Hayyun tiada Hayat hidup hanya Allah Ta’ala,

Wala Basyirun tiada melihat hanya Allah Ta’ala

Wala Sami’un tiada mendengar hanya Allah Ta’ala

Wala Muttakalimun tiada yang berkata-kata hanya Allah Ta’ala

Jadi kalau sudah begini Fana lah Zat kita dan Sifat kita Zahir dan Bathin inilah dalilnya.


MAUJUDUN WAHIDUN Ujud yang Ampunya Ujud Esa

WAJATUN WAMAUSUFUN Zat dengan Ampunya Zat adalah Esa jua

SIFATUN WAMAUSUFUN Wahidun Sifatun Wahidun Sifat dengan Ampunya Sifat adalah Esa.

ASMAUN WAMAUSFUN Wa asmaun wahidun nama dengan yang Ampunya nama adalah Esa jua.

AF’ALUN WAMAUSUFUN Af’alun Wahidun Af’aal dengan yang Ampunya Af’aal Esa jua.


Jadi inilah yang disebut Erti dan makna yang sebenarnya daripada Fana dan Baqa itu tadi Inilah Erti Fana dan Baqa yang dituntut oleh seorang Salik penuntut tholib Murid. Adapun Alam Insan itu terhimpun kepada diatas daripada segala Alam jika bukan kerana Insan sesuatu pun tiada dijadikan dizahirkan oleh Allah selamanya Dalil menyatakan

Al insane Sirri Wa Ana Sirrohu Ertinya insan itu Rahsia Aku dan Aku pun Rahsianya Dan lagi Al Insanu Sirri Wa Ana Sirri Sifatun Wasifatin lagoirih Ertinya Insan itu Rahsia Aku

Rahsia Aku itu Sifat Aku tiada lain daripada Aku jua Maka dari itulah Insan dilebihkan oleh Allah Ta’ala daripada Malaikat pun demikian lah hendaknya Itikad kita adanya Iaitu itiqad yang putus adanya dan tiadanya dan adanya


Kalau Anda sudah faham benar bererti putus Itiqadnya dan tiadanya dan adanya maka barulah mendapat Makam ARIFIN yang Sebenarnya. Baiklah hamba Uraikan secara ringakas tentang; ADANYA DAN TIADANYA.


MENUNGGAL DUA UNSUR KETIDAK ADAANYA ADALAH KEADAANYA, DAN KEADAANYA ADALAH KETIADAANYA.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar