Minggu, 05 Desember 2021

KESAN DARIPADA ROHANI YANG TERHIJAB

 

Kewujudan halangan-halangan ini menyebabkan kekotoranJjiwa Manusia dan kekerasan Hatinya sehingga ia menjadi Semakin jauh daripada penciptanya Orang-orang yang terhijab Rohaninya berada dalam keadaan kelalaian Seumpama Orang yang Sedang tidur Sebagaimana keadaan Orang yang Sedang tidur itu tidak menyedari peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekelilingnya maka demikian juga Orang yang terhijab Rohaninya Dia tidak menyedari kewujudan Allah yang bersifat dengan Sifat-Sifat keagungan keindahan dan kesempurnaan Dia tidak menyedari kewujudan pencipta yang menciptanya yang mengatur Urusan hidupnya yang berkuasa ke atas Dirinya yang Mengetahui tentang Dirinya yang memberikannya Nikmat yang tidak terhitung jumlahnya yang memenuhi keperluan hidupnya dan sebagainya Dia tidak menyedari tentang kematian yang akan mendatangi Setiap yang bernyawa dan juga peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepasnya Hakikat inilah yang terkandung dalam apa yang diriwayatkan


Maksudnya Manusia itu tidur apabila mereka telah Mati mereka mula sedar


Rohani Manusia yang terhijab dan tidak menjalani proses Tazkiyat Al-Nafs akan dihinggapi berbagai penyakit Rohani yang akan merosakkannya Punca Segala penyakit Hati itu ialah Cinta Dunia kegilaan terhadap habuan Duniawi yang membawa kepada kerosakan Agama dan moral seseorang itu Nabi Isa a.s. telah menjelaskan Hakikat ini Sebagaimana Sabda Baginda


Maksudnya Cinta Dunia adalah Punca Segala kesalahan Dosa


Sesungguhnya kerosakan kecelakaan dan kebinasaan seseorang itu adalah berpunca daripada kerosakan Rohaninya Ini kerana Hati Manusia adalah Seumpama Raja yang memerintah dan mengeluarkan arahan yang mana perintah dan arahannya itu akan dituruti Sekiranya Raja tersebut tidak baik maka ia akan mengarahkan sesuatu yang tidak baik dan arahan tersebut akan dilaksanakan Demikian juga Hati di mana Sekiranya Hati itu tidak baik maka ia akan mengeluarkan arahan yang tidak baik yang akan dilaksanakan oleh anggota-anggotanya itu Renungan terhadap Hidayah Al-Rasul Saw dalam Sabda Baginda dapat mendedahkan Hakikat ini Rasullullah Saw telah bersabda


Maksudnya Ketahuilah Sesungguhnya dalam tubuh Manusia itu ada Segumpal Darah Apabila ia baik maka baiklah Seluruh Jasadnya dan Apabila ia Rosak maka Rosaklah Seluruh tubuhnya ketahuilah itulah Hati


Bukanlah yang dimaksudkan dengan Hati Qalbu di sini iaitu Hati Sanubari atau jantung yang merupakan Segumpal Darah beku yang berada dalam Rongga Dada sebelah kiri Manusia Apa yang dimaksudkan di sini ialah Roh Manusia Menurut keterangan Iman al-Ghazali dalam beberapa karya beliau khususnya Ihya Ulum al-Din Roh tersebut mempunyai Hubungan khusus dengan Hati Sanubari tersebut


Sesungguhnya kerosakan yang berlaku di muka Bumi ini adalah Akibat daripada perbuatan Manusia itu Sendiri yang berpunca daripada kerosakan dan kepincangan Hati Mereka Keangkuhan kerakusan kegilaan terhadap Dunia dan kedengkian menjadi sebab timbulnya permusuhan di kalangan Manusia Kejadian jenayah seperti rompakan pembunuhan penculikan penipuan Rogol dan lain-lain dan kejadian Maksiat seperti zina minum minuman keras, judi dan sebagainya, adalah berpunca daripada kerosakan Hati Manusia Kerosakan Manusia yang berpunca daripada kerosakan Hati ini akan membawa kepada kerosakan Masyarakat dan seterusnya kerosakan dan kemusnahan Umat Manusia yang mendiami muka Bumi ini di samping kemusnahan Tamadun kebendaan yang mereka telah bina dalam tempoh yang lama Allah Swt telah befirman mengisyaratkan Hakikat ini Sebagaimana firman-Nya


Maksudnya Telah Zahir kerosakan di daratan dan lautan dengan sebab apa yang telah diusahakan oleh Tangan-Tangan Manusia Supaya Allah merasakan kepada mereka sebagai balasan terhadap sebahagiaan kesalahan yang mereka lakukan Mudah Mudahan mereka Kembali ke Jalan Allah Swt


Tidak ada komentar:

Posting Komentar