Minggu, 05 Desember 2021

PEMAHAMAN TENTANG DUA KALIMAH SYAHADAH

 


Yang terhimpun didalamnya Syariat Tarikat Hakikat dan Makrifat

Oleh kerana penerangan ini untuk memudahkan kepada fahaman yang berkeinginan untuk mendapat Hidayah dari Allah berdoalah kepada Allah dan bertanyalah kepada Guru Makrifat Bagaimana nak berguru kepada Allah

Untuk belajar menerima kebenaran belajar lah dari peristiwa Nabi Musa dengan Nabi Khidir jangan dipersoalkan Ilmu ini BUKAN daripada daya pemikiran Sifat Tabi'ei Fizikal tetapi Ilmu kerohanian

Ilmu Awal didalam Ugama iaitu Awaluddin Makrifatullah

Yang boleh terima terimalah yang tidak bersesuaian lupakan saja

Untuk memudahkan kepada faham

Penyaksian dan pengucapan Dua Kalimah Shahadat Sebenarnya adalah Muhammad Mengaku Allah Sebagai Tuhan dan Pengesahan Allah kepada Muhammad Sebagai Rasul Pengakuan dan penyaksian ini berlaku didalam Diri kita Sendiri

Bila kita menyebut atau mengatakan Allah menjadikan sesuatu hendaklah kita faham dan beriktikad dengan iktikad Selain dari Allah tidak ada hanya Allah sahaja yang ada Dengan berfahaman dan beriktikat sebegini disetiap saat dan ketika bermakna kita sedang mengaplikasikan Laa ilaha illallah Tiada Nyata Hanya Allah didalam kehidupan seharian kita

Cuba kita bicarakan bagaimanakah kita nak berpegang dengan Ilmu pengetahuan kita secara terus tanpa sebarang Taklid supaya kita tidak Mensyirikkan Allah

Apakah Sebenarnya Syirik itu 

Syirik ialah Menduakan Zat, Sifat, Nama dan perbuatan Allah atau mengadakan tuhan yang lain Selain dari Allah Asas Syirik ialah meletakkan Segala Sifat yang Wajib bagi Allah kepada Selain dari Allah

Cuba kita mengambil faham dari Asalnya

Asal mulanya hanya Allah Sahaja yang ada Semasa ia bersendirian dia tidak bernama ketika ini Tiada Tuhan Tiada Hamba Hanya Zatnya kewujudannya sahaja Tiada yang lain

Dalam keadaan ini Ia dikatakan berada didalam keadaan Perbendaharaan yang Tersembunyi Kasih ia kepada Zatnya Sendiri dia suka untuk memperkenalkan Dirinya Sendiri maka dizahirkan Dirinya didalam bentuk SifatNya Namanya dan perbuatannya Sendiri

Apabila terzahirnya penzahiran yang pertama yang dinamakan Nur Muhammad maka ia pun menamakan Dirinya sebagai Allah

Ketika terzahirnya Nur Muhammad disini juga telah berlakunya perebutan Jawatan Tuhan Maksudnya Allah mengatakan dia Tuhan dan Nur Muhammad juga Mengakui dia adalah Tuhan sebab Nur Muhammad telah merasai Sifat-Sifat yang Wajib bagi Allah adalah Miliknya

Disini diceritakan satu cerita untuk membawa kepada Faham juga berlakulah diantara Allah dengan Nur Muhammad

Allah mengatakan dia Tuhan begitu juga Nur Muhammad mengatakan ia Tuhan

Disini berlaku satu permainan Sorok-Sorok Menghampirkan kepada faham jua

Perjanjian telah dibuat diantara Allah dengan Nur Muhammad Siapa yang jumpa Siapa dialah Tuhan

Mula-mula giliran Nur Muhammad menyembunyikan Dirinya dengan senang Allah Menjumpainya

Sampai masanya Allah menyembunyikan Dirinya maka Nur Muhammad tidak dapat menemui Allah



Tidak ada komentar:

Posting Komentar