Rabu, 15 Desember 2021

LENYAPKAN SIFAT-SIFAT BASHARIAH PANCAINDERA

 

Maka sesiapa yang telah diliputi Hakikat Ketuhanan sehingga tiada lagi melihat daripada Alam baharu Alam rupa dan Alam Wujud ini, maka dikatakanlah ia telah Fana dari Alam Cipta Fana bererti hilangnya Sifat-Sifat buruk Maksiat lahir dan Maksiat Batin dan kekalnya Sifat-Sifat terpuji Bahawa Fana itu ialah lenyapnya segala-galanya lenyap af'aalnya perbuatannya Fana fil Afa'al lenyap SifatNya Fana fis-Sifat lenyap Dirinya Fana fiz-Zat


Oleh kerana inilah ada di kalangan Ahli-hali Tasauf berkata


Tasauf itu ialah mereka Fana dari Dirinya dan Baqa dengan Tuhannya kerana kehadiran Hati mereka bersama Allah.


Sahabat Rasulullah yang banyak memperkatakan tentang Fana ialah Sayyidina Ali, salah seorang Sahabat Rasulullah yang terdekat yang diiktiraf oleh Rasulullah sebagai Pintu Gedung Ilmu. Sayyidina Ali sering memperkatakan tentang Fana. Antaranya


Di dalam Fanaku, leburlah keFanaanku, tetapi di dalam keFanaan itulah bahkan Aku mendapatkan Allah.


Demikianlah Fana ditanggapi oleh para kaum Sufi secara baik, bahkan Fana itulah merupakan pintu kepada mereka yang ingin menemukan Allah LIQA ALLAH bagi yang benar-benar mempunyai keinginan dan keimanan yang kuat untuk bertemu dengan Allah.


Maka barang siapa yang ingin akan menemukan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan Amalan Sholeh dan janganlah ia mempersekutukan siapa pun dalam beribadat kepada Allah.


Untuk mencapai liqa Allah dalam ayat yang tersebut di atas, ada dua kewajiban yang mesti dilaksanakan iaitu:


Pertamanya mengerjakan Amalan Sholeh dengan menghilangkan semua- Sifat-Sifat yang tercela dan menetapkan dengan Sifat-Sifat yang terpuji iaitu Takhali dan Tahali.

Keduanya meniadakan menafikan segala sesuatu termasuk Dirinya sehingga yang benar-benar Wujud Isbat hanya Allah Semata-Mata dalam beribadat. Itulah Ertinya memFanakan Diri.

Para Nabi-nabi dan wali-wali seperti Sheikh Abu Qasim Al-Junaid, Abu Qadir Al-Jailani , Imam Al-Ghazali, Ab Yazid Al-Busthomi sering mengalami keadaan Fana Fillah dalam menemukan Allah. Umpamanya Nabi Musa Alaihisalam ketika ia sangat ingin melihat Allah maka baginda berkata yang kemudiannya dijawab oleh Allah Taala seperti berikut;


Ya Allah, bagaimanakah caranya supaya Aku sampai kepada Mu? Allah berfirman: Tinggalkan Dirimu lenyapkan Dirimu FANA baru kamu kemari.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar