Sebelum ada yang dijadikan oleh Allah, Hanya Allah sahaja yang ada, ada Allah itu dari dulu sekarang dan sampai bila-bila pun macam tu la, tak pernah berubah.
Kemudian Allah memperkenalkan Dirinya dalam pelbagai bentuk memperkenalkan Dirinya ini dipanggil pentajalian.
Pentajalian inilah yang disebut-sebut sebagai Makhluk, maksudnya Makhluk itu sebenarnya adalah Sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri, tetapi kita tidak panggil Sifat, nama dan perbuatan Allah,
Bila kita panggil Nur Muhammad yang sebenarnya yang merupakan Sifat Allah, nampaklah Nur Muhammad itu sebagai satu Ujud yang lain selain dari Allah tetapi sebenarnya Nur Muhammad itu adalah Sifat Allah sendiri yang telah diNYATAkan.
Contoh lain yang membolehkan membawa hampir kepada faham ialah,
Pekerjaan Allah dipanggil dan diberi nama sebagai Malaikat, pekerjaan Allah yang menyampaikan Wahyu dan mengajar Nabi-Nabi dan Rasul dipanggil sebagai Malaikat Jibroil.
Bila disebut Malaikat Jibroil hendaklah kita faham dan berpegang bahawa Allah sendiri yang sedang memberi Wahyu kepada Nabi-Nabi dan Rasul, Nama atau panggilan yang dipanggil kepada pekerjaan Allah yang sedang menyampaikan Wahyu itu ialah Malaikat Jibroil.
Kalau kita berpegang yang Malaikat itu ada Ujud sendiri maka kita terjerumus kepada SYIRIK kerana dengan pegangan sedemikian kita telah beriktikad ada Malaikat itu satu Ujud yang lain selain dari Allah sedangkan Malaikat itu sebenarnya menzahirkan pekerjaan Allah sendiri.
Pekerjaan Allah ini dinamakan dan dipanggil sebagai Malaikat.
Begitu jugalah kepada Makhluk-Makhluk lain.
Kesemua Makhluk kesemuanya merupakan sama ada penzahiran Sifat, nama atau perbuatan Allah yang disebut atau diberi nama dengan Makhluk..
Makhluk itu bukanlah ada Ujud Sendiri, tetapi ianya sedang menerangkan, sedang memberitahu, sedang bercerita tentang Sifat, nama dan perbuatan Allah..
Bila disebut sahaja Makhluk, hendaklah kita beriktikad bahawa kesemua Makhluk tidak ada Ujud sendiri tetapi merupakan penjelasan kepada Wujud Allah..
Jika tidak dizahirkan Wujud Allah didalam bentuk Makhluk Sifat, nama dan perbuatan Allah tidaklah boleh DIA dikenali.
Dengan ini bila disebut saja Makhluk hendaklah kita beriktikad bahawa Makhluk itu tidak pernah ada Ujud sendiri maksudnya tidak ada Makhluk itu sebenarnya kenyataan Sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri.
Maksudnya Hanya Allah sahaja yang ada, selain dari Allah tidak pernah ada, yang dikatakan ada selain dari Allah itu bukanlah Ujud Makhluk itu sendiri tetapi sebagai penerangan, sebagai keNYATAan Wujud Allah.
Pokok persoalannya bila kita rasa kita ada, bagaimana nak pulangkan Ujud Diri kita kepada Wujud Allah, maksudnya bagaimanakah kita nak mematikan Diri kita sebelum Mati.
Selagi masih rasa ada Ujud sendiri dan selain dari Allah, disamping Wujud Allah, selagi itu kita belum bersih dari Najis Syirik.
Najis ini iaitu rasa Ujud Diri sendiri disamping Wujud Allah yang perlu dibersihkan, yang perlu disucikan.
Jangan sampai kita berkata
Laa ilaha illallah
Tiada Nyata hanya Allah, dalam masa yang sama kita masih merasai Ujud Diri sendiri disamping Wujud Allah
Kita kata Allah hidup tetapi dalam masa yang sama kita rasa Diri kita hidup disamping hidup Allah, sedangkan hidup kita itu, Ada kita itu adalah merupakan hidup Allah yang sedang diperkenalkan, Ada Allah yang sedang diNYATAkan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar