Makrifatullah Ertinya Mengenal Allah Swt Pada Zatnya. SifatNya. Asma’Nya dan Pada Afa’alNya. Pada awal-awal lagi Rasulullah menegaskan bahawa tugas kita manusia adalah Mengenal Allah. Seperti Sabdanya
Awal hidup Agama adalah dengan Mengenal Allah Swt
Firman Allah
Hai Manusia, jika sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Allah. maka pasti kamu akan menemui Allah
Dan firman Allah lagi
Maka barang siapa yang menghendaki nescaya ia menempah jalan kembali Mengenal kepada Allah.
Dan firman Allah seterusnya .
Mereka yang berjuang dalam jalan Allah, akan Allah tunjukkan jalan Allah ke arah Allah
Dan sesungguhnya cara untuk Mengenal Allah itu adalah dengan cara kita Mengenal Diri kita sendiri.
Seperti firman Allah.
Barang siapa Mengenal Dirinya maka kenallah Allah.
Dengan Mengenal Diri maka dapat Mengenal Allah. kerana diri Rahsia Allah itu ditanggung oleh Manusia Seperti firman Allah
Manusia itu adalah Rahsia Allah dan Allah lah Rahsia Allah
Oleh yang demikianlah, dikatakan bahawa nak Mengenal Allah itu hendaklah Mengenal Diri Sendiri. Sesungguhnya jalan untuk Mengenal Diri itu adalah dengan cara menjalani latihan Tasauf Melalui Guru Hakikat dan Makrifat lagi Mursyid. Adapun yang dikatakan Iman Islam, Tauhid dan Makrifat itu tidak boleh bercerai tanggal di antara satu dengan lain adalah kerana sesungguhnya Islam tanpa Iman Itu Kosong, bagai sebiji padi yang tidak berisi, dan Iman tanpa Tauhid itu tidak berguna, seperti padi yang tidak berguna, seperti padi yang tidak menjadi beras dan Tauhid tanpa Makrifat itu tidak Sempurna, bagai beras tidak dimasak menjadi Nasi dan ingatlah bahawa Makrifat itu adalah tunjang kepada Islam itu Sendiri.
Oleh yang demikian perlulah diketahui dan difahami bahawa Islam Tanpa Iman adalah Islam yang tidak akan dibuat kira bicara oleh Allah Swt malahan di dalam al-quran sendiripun tidak pernah Allah mengambil hal dengan orang Islam Kosong kecuali dengan orang-orang beriman, tetapi setiap yang beriman adalah Islam. Dan sesungguhnya beriman tanpa Tauhid juga tidak terpakai Imannya, kerana tanpa Tauhid, Iman seseorang itu bagai lalang yang bergerak mengikut Arus Angin bila saja ditiup tumbanglah dia. Di samping itu Tauhid tanpa Makrifat tidak sempurna. Kerana Tauhid kepada suatu tanpa mengenal pada apa ditauhidkan, bererti menyerah Diri kepada sesuatu yang kita tidak kenal dan bolehlah dinamakan menyerah buta tuli. Oleh itu bila kata Tauhid kepada Allah, maka harus pula kita Mengenal Allah.
Makrifat kepada Allah
Tajalli Allah
Kaitan di antara Islam Iman. Tauhid dan Makrifat yang harus bersambung di antara satu dengan yang lain tanpa berpisah.
Islam berkehendakkan Iman, Iman berkehendakkan kepada Makrifat. Oleh itu Wahai Anak cucuku jangan sekali·kali kamu pisahkan Dirimu dari Islam, Imam, Tauhid dan Makrifat. Jika kamu Ingin mengecapi keredaan Allah Swt Dan dengan itu Aku nasihatkan kamu sekalian supaya bertanya hal di atas dengan orang-orang Hakiki dan Makrifat lagi Mursyid
Tidak ada komentar:
Posting Komentar