Kerana ESA atau Tunggal nya ZAT SIFAT ASMA DAN AFA'AL Allah maka ITU SEBAB ALLAH Wujud.
Jika tidak ESA Wujud Allah, NamaNya, SifatNya dan PerbuatanNYA MAKA ALLAH TIDAK WUJUD.
Yang DI KATAKAN WUJUDTUNGGAL.
Kalau wujud tak tunggal itu di panggil khalqu - ciptaan.
Dalam segala APA yang kita FAHAM dalam Dunia ini semuanya ada dua atau Berpasang-pasangan.
Benar lawannya Batil.
Satu lawannya Ramai.
Wujud lawannya Tak Wujud
Ada lawannya Tiada.
Pencipta lawannya Ciptaan.
Haq lawannya Batil.
Yang Benar Yang Satu Yang Wujud Ada Yang Mencipta Yang Haq Allah Al-Ahad.
Lawannya bukan Allah Al-Ahad atau selain Allah.
Maksud besar di sini adalah untuk layak bergelar PENCIPTA ALLAH mesti TUNGGAL.
Selagi Allah tak Tunggal maka Allah bukan pencipta.
RASA kanlah akan WUJUD ALLAH Yang Tunggal ini tatkala Mentauhidkan mendirikan Sendiri Allah.
Juga tatkala mengatakan
La Ilaha Illa Allah
dan bergementar lah jika benar kita kenal YANG ESA tersebut.
Kita dan segala sesuatu hanyalah KHALQU - nyata pada tidak WUJUD.
Hanya ALLAH yang WUJUD TUNGGAL.
Mentauhidkan pada ALLAH Yang Tunggal, Puji dan Puja dan Agungkanlah HANYA YANG TUNGGAL itu.
Siapa pula mencipta Pencipta
Tak ada siapa dan tak boleh ada sesiapa boleh mencipta Pencipta tersebut.
Apa sebabnya
ALLAH itu TUNGGAL.
Mengapa ALLAH Tunggal
Sebab Hanya ALLAH yang WUJUD.
Sekali lagi mengapa ALLAH WUJUD
Sebab Tunggal Nya ZAT ALLAH, SIFAT ALLAH, NAMA ALLAH dan PERBUATAN ALLAH.
Sekali lagi yang dikatakan WUJUD mestilah TUNGGAL.
Kalau dah Tunggal baru boleh layak bergelar PENCIPTA KHALIQU
Jika tidak tunggal macam kita Manusia maka contoh nya Manusia mencipta kereta, namun kita tidak tunggal, maka selagi tak sampai TAHAP TUNGGAL, masih boleh di tanya siapa pula cipta Manusia Dan jawapan yang Paling Terakhir mestilah ENDING nya pada Yang Tunggal -
BARU MASUK AKAL dan boleh di bawa berhujah Iman kita ini.
Kenapa kena SEMBAH, jadi 'abdi, kena yad'u seru atau doa kepada Allah ini
sebab selain Dia TUNGGAL, Dia itu SAMAD.
Sebab, kita PERLUKAN dan bergantung kepada ALLAH Yang Tunggal itu dalam APA SAHAJA yang berlaku kepada kita setiap Detik.
Allah AL-AHAD
Tidak ada komentar:
Posting Komentar