Sebagaimana yang di ketahui, bahawa ajaran Ahwal suatu perolehan dengan kurnia dan Maqamat suatu perolehan dengan usaha yang semuanya itu di tujukan untuk memperbaiki Akhlak Sedang tujuan perbaikan Akhlak adalah untuk membersihkan Qalbu yang bererti mengosongkan Diri dari Sifat-Sifat yang tercela TAKHALLI kemudian mengisinya dengan Sifat-Sifat yang terpuji TAJALLI yang selanjutnya beroleh kenyataan Allah TAJALLI.
Dengan demikian maka dapat lah difahamkan bahawa jalan untuk Mengenal ALLAH, tidak dapat di tempuh dengan sekali gus tetapi adalah sesuai dengan peribadi masing-masing iaitu harus di tempuh secara bertingkat-tingkat. Pada tingkat untuk memasuki Ilmu Hakikat Ilmu Makrifat bererti memasuki suatu jalan pengetahuan yang bertujuan untuk Mengenal sesuatu itu dengan cara bersungguh-sungguh, bahawa siapakah Manusia itu, siapakah yang menjadikannya siapakah yang menciptakan sekelian itu. Ilmu Tasawwuf meringkaskan jalan pengetahuan ini dengan berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud Barang siapa yang Mengenal Dirinya, Nescaya ia akan Mengenal ALLAH SWT.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar