MAKRIFAT

 


Makrifat bermaksud kenal Allah Swt dengan Hati Sebab itu ia juga dikatakan orang-orang Al’ariffu billah atau golongan A’riffin.


Kita baru kenal Allah Swt dengan Ilmu atau akal, seperti baru Mengetahui Allah Swt Sebab itulah kita tidak rasa hebat dan gentar dengan Allah Swt Bila orang itu kenal Allah Swt dengan Mata Hati, barulah boleh dipanggil orang bertaqwa. Barulah orang itu dapat benar-benar laksanakan perintah Allah Swt dan meninggalkan larangan Allah Swt dengan berAmal mentauhidkan Diri.


Tetapi kalau kita lihat ada orang yang melaksanakan sungguh-sungguh Syariat, dia faham sungguh-sungguh hukum yang lima namun tidak juga tenang, tidak redha, tidak sabar dan tidak dapat lain-lain sifat mahmudah. Maka hendaklah dia periksa Diri semula atau Muhasabah Diri semula, tentu ada silapnya sama ada lahir dan batin. Kalau tidak silap di bidang Tauhid, mungkin di bidang Feqah atau di bidang Tasawuf Tanyalah kepada Guru yang Mursyid, iaitu yang beramal dengan teliti Syariat Tarikat, Hakikat dan Makrifat ini. Jika semua aspek di bidang Tauhid, Feqah dan Tasawuf sudah tepat diamalkan, tentu Allah Swt berikan ketenangan hidup dan apa -apa yang Allah Swt janji itu adalah benar.


Mengingati Allah Swt dengan Mengenal Allah Swt hati akan menjadi tenang. Ibarat kereta kita, kalau berjalannya tidak betul, kenalah periksa dan tentu akan menemui kerosakan tertentu. Begitulah dengan ajaran Islam, kalau tersilap sedikit sahaja, kita tidak dapat Hakikat atau buah Ibadah yang kita amalkan.


Untuk mendapat buah Islam susah sekali sebab pandangan Mata kita belum dapat elak dari memandang Maksiat lagi, makan makanan masih lagi barang-barang yang tidak bersih dan syubahat, sama ada sedar atau tidak. Syariat ahli-ahli keluarga belum selesai lagi, mendedah aurat, bergaul bebas bukan mahram dan mendengar serta melihat hiburan yang haram. Rezeki kita datang dari sumber riba dan aktiviti yang haram dan syubahat maksiat. Tempat pekerjaan sentiasa bergelumang dengan pergaulan bebas bukan mahram dan dan mendedah Aurat. Inilah yang boleh mencacatkan Islam dan Iman kita.


Jadi, ajaran Islam itu bukan bentuk cakap dan syarah sahaja. Ia perlu diamalkan lahir dan Batin, agar menjadi Fana Diri Allah Swt yang Soleh Atau yang disebut Al A’riffu billah yang akan mendapat kemenangan di Dunia dan Akhirat.


Sengaja mengulangi untuk Membina Diri Sejati