Minggu, 05 Desember 2021

MENTAUHIDKAN ALLAH

 

Ini bermakna hanya ada satu Allah sahaja yang mencipta dan yang Wajib Mentauhidkan Diri tiada sesuatu pun yang bersekutu dengan Allah Begitu juga tidak ada yang bersekutu pada Sifat Allah Afa'al Allah serta Asma Allah Allah lah Sahaja yang bersifat dengan seluruh Sifat kesempurnaan keindahan kebesaran dan ternafi darinya Seluruh Sifat kekurangan atau yang berlawanan dengan Sifat kesempurnaan Allah atau kesempurnaan nama-nama Allah yang terbaik Asma’ Al-Husna Allah


Mentauhidkan Jalan kepada Allah

Maksud Mentauhidkan Jalan kepada Allah membawa pengertian bahawa tidak ada ketetapan Hukum dalam kehidupan Manusia Selain dari ketentuan Allah Tidak ada cara untuk Bertaqarrub kepada Allah melainkan dengan apa yang telah disyariatkan oleh Allah Sahaja Atau yang disyariatkan oleh pesuruh Allah dengan izin Allah Tidak ada Jalan untuk Sampai kepada Allah dalam apa jua bentuk Ibadah melainkan yang telah ditunjukkan Contoh oleh pesuruh Allah Jalan tersebut adalah Jalan Sunnah Nabi Saw


Keimanan terhadap kewujudan Allah Swt adalah asas kepada seluruh persoalan Aqidah Islam Oleh itu Aqidah Tauhid dapatlah diertikan sebagai kepercayaan Secara Yakin dengan Mengesakan Allah pada kekuasaan Allah Zat Allah Sifat Allah serta menafikan sebarang tandingan dalam penyembahan dan peribadatan kepada Allah Ia adalah suatu Iktikad yang menyucikan Allah dari sebarang benda baharu serta tidak menyamakan Allah dengan sesuatu yang lain Dengan ini nyatalah bahawa seorang hamba yang berpegang teguh dengan Aqidah Tauhid sudah pasti ia akan Mengesakan Allah Swt dalam Semua jenis peribadatan sama ada Ibadah Zahir ataupun Batin Ilmu Tauhid adalah merupakan tentang keEsaan Allah Swt Ilmu ini banyak membicarakan Mengenai keEsaan Allah baik dari sudut Zat Sifat ataupun Afa'al Allah Ia juga membicarakan tentang Rasul-Rasul Allah dengan Segala Sifat-Sifat yang ada pada Allah Sebahagian Ulama mentakrifkan Ilmu Tauhid sebagai Ilmu yang menerangkan hukum-hukum Syarak dalam bidang Iktikad yang diperolei dari dalil-dalil qat’ie, yang berdasarkan al-Quran Al-hadith dan Aqal berdalilkan Dalil Naqli dan Aqli


Tauhid yang dibawa oleh Al-Quran adalah Tauhid yang Murni mengarah kepada pengabdian Diri Ubudiyyah hanya bagi Allah Ta’ala dalam segenap bidang kehidupan. Ubudiyyah ini membawa maksud seseorang hamba itu berikrar dan beriktikad dengan jazam bahawa tiada Allah yang lain daripada Allah Taala yang Maha Esa Allah Maha Berkuasa Maha memberintah seluruh Hamba-Hamba Allah Dialah Allah yang ditaati di Segenap Alam Maya ciptaan Allah 

Allahlah pengubal peraturan dan sistem untuk kelangsungan Hidup dan kemaslahatan Alam Semesta Allah berkuasa Mutlak terhadap Makhluk Allah dan memberi pembalasan terhadap Segala Amal perbuatan Mereka Sesorang yang bertauhid kepada Allah ialah seorang yang menyerah Diri Secara Mutlak kepada Allah dan mengikhlaskan Amalannya hanya kepada Allah Sahaja dalam Segenap Aspek kehidupan Allah sama ada yang bersifat peribadi ataupun kemasyarakatan Tatasusila Politik Ekonomi serta Sosial Atas Dasar inilah Allah Swt mewahyukan Nabi Muhammad Saw dengan Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud


Wahai Orang-Orang yang beriman Masuklah kamu ke dalam Agama Islam dengan mematuhi Segala Hukum-Hukum Allah dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan Sesunguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.


Sebagaimana dimaklumi umum bahawa Solat Puasa Haji dan lain-lain Ibadat dalam Islam tertakluk kepada Rukun Tanpa Rukun yang Sempurna Ibadat dianggap tidak sah Begitu juga dengan Tauhid pada Allah ada Rukun tertentu Tauhid pada bahasa berasal dari kata perbuatan Wahhada, Yuwahidu yang bererti menjadikan sesuatu itu Satu Perkara ini tidak akan terlaksana kecuali dengan Nafi dan Ithbat Nafi atau Ithbat adalah Rukun kepada Kalimah Tauhid la Ilaha Illallah Atau dikenali juga Sebagai Rukun Syahadah Tauhid Tanpa kesempurnaan terhadap Rukun ini Tauhid seseorang itu tidak dianggap sah menurut Syarak Maksud dengan Nafi ialah menafikan apa jua Selain daripada yang diesakan dan mensabitkan keEsaan itu bagi Allah Umpamanya diungkapkan Sesungguhnya tidak Sempurna Tauhid seseoang sehingga beliau mempersaksikan la ilaha illallah. Dalam Ucapan tersebut terkandung penafian Uluhiyyah terhadap apa jua Selain Allah dan menasbitkan bagi Allah sahaja yang Esa Justeru penafian Semata-mata tidak memadai Begitu juga dengan Ithbat Semata-mata juga tidak memadai kerana tidak tertegah dari penyekutuan sesuatu yang lain dalam penafian Allah Ilmu Tauhid mempunyai peranan yang besar dalam mempertahankan Benteng Aqidah Ummat Islam Hanya dengan memahami Ilmu Tauhid Secara keseluruhan akan mampu mengawal Aspek kehidupan daripada Mengesakan Allah selain Allah.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar