Hendaklah Salik melintasi Alam dan bukan Alam untuk menuju kepada Yang Maha Pencipta sesungguhnya Allah adalah tujuan yang benar dan yang Pertama
Keadaan Salik yang tidak dapat melepaskan Diri dari Alam atau dengan kata lain Syirik kepada Allah adalah umpama seekor unta yang berputar mengelilingi batu penggiling walau pun jauh ia berjalan Tapi Akhirnya Kembali ke tempat Asalnya ia bermula bukankah ini perbuatan yang Sia-Sia dan membuang Waktu
Oleh itu keluarlah dari perbuatan yang Sia-Sia itu dan masuklah ke dalam Wujud Yang Maha Pencipta Bagaimana pun untuk memasuki Wujud tersebut Terdapat banyak halangan dan penjara yang perlu dilalui sebelum sampai ke Matlamat yang dituju Wujud Allah
Yang pertama membebaskan Diri daripada penjara Alam Jasad
Penjara Alam Jasad adalah Hawa Nafsu Di dalam penjara ini tersedia banyak hidangan yang lazat-lazat Seperti kekuasaan kemuliaan puji-pujian Tamak Haloba Dengki khianat dan sebagainya
Jika mahu bebas Daripada penjara ini perlulah menjauhkan Diri daripada perkara yang tidak baik itu perkara-perkara itu menjadi penghalang kepada perjalanan Salik Menuju Penciptanya
Penjara kedua adalah Dunia
Penjara ini mengandungi pelbagai keindahan dan keseronokan yang menjanjikan keabadian yang palsu kepada Salik Penjara ini menghidangkan pelbagai jenis Nikmat yang seronok dan menghairahkan Dengan lain kata inilah yang dikatakan penjara Syahwat Jikalau Salik lalai dan panjang angan-angan maka nampaknya tidak ada kemungkinan Salik itu dapat bebas daripada Penjara ini
Penjara ketiga adalah Akhirat
Nampaknya hidangan-hidangan yang disediakan dalam Penjara ini lebih enak daripada Penjara Dunia di sini hidangannya adalah Pahala Syurga dan Bidadari yang cantik lagi menggoda Rantai yang membelenggu dalam Penjara ini adalah kehendak dan keinginan Diri Sendiri Menganggap Diri sendirilah yang melakukan Segala sesuatu sama ada baik atau buruk
Penjara keempat adalah Alam Malaikat
Inilah penjara Alam Maujud yang terakhir Hidangan yang terdapat dalam Penjara ini adalah kehampiran dan kemuliaan di sisi Allah Swt Rantai yang membelenggu Salik dalam Penjara Alam Malaikat ini adalah sisa-sisa kehendak Diri Sendiri dan kesadaran tentang Diri Sendiri iaitu Segala yang dilakukan adalah atas daya Diri Sendiri bukan kurniaan Allah Swt
Untuk keluar dari Penjara ini perlulah menghapuskan Segala kehendak keinginan cita-cita dan angan-angan dengan menyadari bahwa Salik adalah Kosong yang ada hanyalah Allah Semata-mata.
Penjara kelima adalah Ilmu Allah Swt
Ilmu Allah Swt bukanlah Alam sebagaimana Empat Penjara yang sebelumnya yang mana Penjara-Penjara tersebut adalah Alam Ciptaan Penciptanya Ilmu Allah adalah sesuatu yang bersangkutan Dengan hal-hal ketuhanan itu Sendiri
Hidangan yang terdapat Dalam Penjara Ilmu ini adalah Rahsia-Rahsia yang Ghaib-Ghaib tentang Hukum-Hukum Allah Swt Dalam hal Ilmu Allah ini Salik dapat melihat pentadbiran Allah yang menggerakkan Alam dan Semua kejadian yang berlaku di dalamnya Ilmu Allah sangat luas dan tidak bersempadan
Salik yang Asyik dengan Ilmu Allah akan terpenjara di dalamnya buat Selama-lamanya Oleh itu Ilmu hanya dijadikan Sebagai kenderaan Menuju kepada Yang Maha Pencipta tetapi Ilmu itu bukanlah Sebagai tujuan terakhir
Penjara keenam adalah Makrifatullah
Ini adalah Penjara yang paling kukuh Ilmu Allah dan Makrifatullah bukanlah Alam Maujud tetapi yang berkaitan Dengan hal-hal ketuhanan hidangan yang terdapat di sini adalah Hakikat-Hakikat hal-hal dan Rahsia-Rahsia berkaitan ketuhanan itu Sendiri
Jadi jika ditanya
Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh Ilmu
Pencapaian paling Tinggi Ilmu tentang Allah adalah Aku tidak tahu Allah tidak dapat difikirkan tidak dapat dibayangkan tidak satu pun yang menyerupainya
Jikalau Aku telah Sampai ke tahap ini ke tahap kebingungan-kebingungan ini maka tahulah Aku bahawa Aku telah Sampai ke kemuncak yang dapat dicapai Oleh Ilmu maka beralih pulalah kenderaan kepada Makrifatullah
Jika ditanya pula
Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh Makrifatullah
Makrifatullah adalah berkaitan dengan Dzat Yang Maha Mutlak Jikalau ditanya kepada Makrifat apakah pencapaikan kamu yang paling tinggi
Makrifatullah akan menjawab pencapaian Aku yang paling Tinggi adalah ke tahap Dzat Allah tetapi Aku tidak dapat Mengenali Dzat Allah
Dzat Allah tidak dapat dikenal oleh sesiapa pun termasuk para-para Nabi dan Wali-Wali Allah Makrifat berkata lagi Dzat Allah Sekarang adalah sebagaimana Dia Dzat Allah dahulu juga Tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadapnya Bahkan bagi Dzat Allah tiada kini dan dahulu bagiNya
Nah
Oleh itu Sesiapa yang telah Sampai ke Makam Makrifatullah janganlah tinggal terpenjara di dalamnya keluarlah dari Penjara Makrifatullah barulah Aku boleh Sampai ke Hadirat Allah Swt atau bertemu Allah Swt
Tapi
Bagaimana Aku boleh keluar dari Penjara Makrifatullah
Keluarlah Aku dengan tajrid penganggalan atau pelepasan Pelepasan dari Segala sesuatu termasuk Diri Aku Sendiri adalah syarat Utama untuk Sampai ke Hadirat Allah Swt atau bertemu dengan Allah Swt
Aku perlulah melepaskan Ilmu pengetahuan Aku amal Ibadah Aku Makrifat Aku Sifat Aku nama Aku bahkan Segala-galanya
Dengan Demikian barulah Aku bertemu Allah Swt Seorang Diri dan Tanpa bekal Tanpa apa-apa pun hanya dengan Kurnia Allah jua
Tidak ada komentar:
Posting Komentar