Senin, 13 Desember 2021

NYATA YANG TERSEMBUNYI

 

Aku adalah Perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali lalu Aku ciptakan Makhluk supaya Aku dikenali


Tujuan Suci diciptakan Manusia ialah supaya mereka Mengenali Allah memperolehi Makrifat


Ada dua peringkat Makrifat yang Suci Seseorang itu perlu Mengenali Sifat-Sifat Allah dan dalil-dalil yang menjadi kenyataan atau penzahiran bagi Sifat-Sifat tersebut Satu lagi ialah Mengenali Zat Allah Di dalam Mengenali Sifat-Sifat Allah Manusia secara zahirnya dapat menikmati kedua-duanya iaitu Dunia dan Akhirat Makrifat yang memimpin kepada Zat Allah tidak diperolehi dengan Diri Zahir Manusia Ia terjadi di dalam jiwa atau Roh Suci Manusia yang berada di dalam Dirinya yang Zahir ini


Dan Kami telah perkuatkan dia Isa dengan Roh kudus


Orang yang Mengenali Zat Allah menemui kuasa ini melalui Roh kudus suci yang dikurniakan kepada mereka.


Kedua-dua makrifat tersebut diperolehi dengan Hikmah kebijaksanaan yang mempunyai dua Aspek Hikmah kebijaksanaan kerohanian yang di dalam dan pengetahuan Zahir tentang benda-benda nyata Kedua-duanya diperlukan untuk mendapatkaan kebaikan Nabi Saw bersabda Pengetahuan ada dua bahagian. Satu pada lidah yang menjadi dalil tentang kewujudan Allah satu lagi di dalam Hati Manusia Inilah yang diperlukan bagi melaksanakan harapan kita.


Pada peringkat permulaannya seseorang itu memerlukan pengetahuan Syarikat Ini memerlukan pendidikan yang mengenalkan dalil-dalil luar tentang Zat Allah yang menyata di dalam Alam Sifat-Sifat dan nama-nama ini Apabila bidang ini telah Sempurna sampailah giliran pendidikan kerohanian tentang Rahsia-Rahsia, di mana seseorang itu masuk ke dalam bidang Makrifat yang murni untuk Mengetahui yang sebenarnya Hakikat Pada peringkat yang pertama seseorang itu mestilah meninggalkan Segala-galanya yang tidak dipersetujui oleh Syariat malah kesilapan di dalam melakukan perbuatan yang baik mestilah dihapuskan. Perbuatan yang baik mestilah dilakukan dengan cara yang betul sebagaimana keperluan pada jalan Sufi Keadaan ini boleh dicapai dengan melatihkan Diri dengan melakukan perkara-perkara yang tidak dipersetujui oleh Ego Diri Sendiri dan melakukan Amalan yang bertentangan dengan kehendak Hawa Nafsu. Berhati-hatilah di dalam beramal agar Amalan itu dilakukan bukan untuk dipertontonkan atau diperdengarkan kepada orang lain Semuanya mestilah dilakukan Semata-mata kerana Allah, demi mencari keredaan-Nya Allah berfirman


Barang siapa berharap menemui Tuhannya hendaklah dia mengerjakan Amal Salih dan janganlah dia mempersekutukan sesuatu dengan Allah dalam ibadatnya kepada Tuhannya


Apa yang dihuraikan sebagai daerah Makrifat itu adalah tahap penghabisan bagi daerah kejadian yang pertama Ia adalah permulaan dan merupakan rumah yang setiap orang kembali ke sana Di samalah Roh Suci dijadikan Apa yang dimaksudkan dengan Roh Suci adalah Roh Insan Ia dijadikan dalam bentuk yang paling baik.


Kebenaran atau Hakikat tersebut telah ditanam di tengah-tengah Hati sebagai Amanah Allah diAmanahkan kepada Manusia agar disimpan dengan selamat Ia bangkit dan menyata melalui Taubat yang sungguh-sungguh dan usaha sebenar mempelajari Agama. Keindahannya akan memancar ke permukaan apabila seseorang itu Mengingati Allah terus menerus mengulangi Kalimah

La ilaha illah Llah Pada mulanya Kalimah ini diucapkan dengan lidah Bila hati sudah hidup ia diucapkan di dalam dengan Hati

Tidak ada komentar:

Posting Komentar