Keyakinan pada tahap Makrifat HAQUL YAKIN adalah berkonsepkan contohnya tiada yang memberi dan tiada yang menerima tiada yang menyembah dan tiada yang disembah tiada Sifat Engkau dan tiada Sifat Aku semua itu adalah Semata-mata Yang Maha Berkuasa Allah Meliputi
Yakin pada tahap Makrifat adalah yang berdasarkan Kamil atau Sejati atau Sebati Kamil yang tidak membawa maksud bersatu mahupun bercerai Kamil yang dimaksudkan di sini adalah yang bermaksud Satu
Yaitu keyakinan yang tidak membawa makna Aku dan tidak juga Engkau keyakinan yang berlaku pada peringkat ini adalah pada makam Wahdah ataupun Hakikat Muhamad Keyakinan ini telah melampaui Makam Fana bahkan ia telah berada di Makam Baqa.
Keyakinan pada peringkat Baqa adalah satu keyakinan yang tidak berubah-rubah lagi Salik itu yakin dengan sepenuh-penuh yakin tiada satupun yang dapat menggugat keyakinannya
Berkekalan pada perpaduan yang Sebati buat Selama-lamanya yang tidak berpisah antara Nafi dan Isbat Berkekalan Sifatnya sebagaimana Sifat Api dan dengan Sifat Asap sebagaimana Matahari dan Cahaya Matahari sebagaimana Bayang-Bayang dengan tuan yang Ampunya Bayang-Bayang.
Berkekalan sebagaimana tiada lagi yang menyembah dan tiada yang disembah melainkan Semata-mata Allah Semesta Alam yang Mutlak pada Hakikatnya
Berkekalan Sifat Manusia sebagai Sifat Makhluk dan berkekalan Sifat Allah sebagai Sifat ketuhanan bagaimanapun di antara Sifat Insan dan Sifat penciptanya tidak bercerai dan tidak bersatu sebagaimana tidak bersatu dan tidak berpisahnya Isbat dan Nafi
Konsep keyakinan peringkat Makrifat ini adalah berlandaskan Wahdah atau keEsaan dalam Wajah Maha Pencipta Yang Wujud yang menjadikan yang Ujud yang ada dan yang Maujud yang dijadikan hanya adalah Wajah Pencipta yang Satu
Tahap keyakinan Kamil ini bukanlah sama dengan apa yang dikatakan konsep hulul bersatu dengan Allah dalam pengertian ringkasnya hulul itu adalah bergabung dua iaitu hamba dan Allah menjadi satu konsep ini adalah konsep yang tidak benar tidak sama dengan konsep yang dibawa Rasulullah kerana Islam berlandaskan konsep Fana iaitu tiada yang lain hanya Allah.
Konsep Kamil boleh diAnalogikan seperti berikut tiada Angka dua dan Angka tiga dalam bilangan Satu Angka dua Angka tiga dan Angka yang ke Sejuta dan Angka yang ke sekian kalinya itu adalah tercantum dalam bilangan Satu.
Bagi orang Makrifat walau pun seberapa banyaknya Angka satu itu digandakan ia tetap berwajah Satu walau pun begitu banyak Manifestasi Dzat dalam Alam Semesta tetapi Dzatnya tetap Satu.
Sekali lagi dinyatakan Salik yang berada di Makam HAQUL YAKIN adalah berpegang kepada keyakinan peringkat Wahdah, Esa, atau tunggal.
Allah itu satu Esa dalam Sifatnya NamaNya, AfaalNya dan Dzatnya yang bersifat itu hanya Sifat bagi Allah yang bernama itu hanya nama bagi Allah yang berkelakuan itu hanya kelakuan bagi Allah dan yang berdzat itu hanya Dzat bagi Allah Bagaimanapun Allah tetap Satu itu jua
Salam Alaika
Semoga Bermanfaat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar