Dapatkah Allah dikenal dengan nyata dan terang
Jikalau boleh bagaimanakah caranya
Ya inilah yang perlu jelas bagi Salik pencari Allah Al-Quran telah memberikan panduan kepada kita tentang Allah Semesta Alam bahawa Allah tidak dapat dijangkau Akal fikiran tidak dapat dibayangkan dan tiada suatupun yang menyerupai Allah di samping itu Allah juga Maha Meliputi.
Dan di sinilah banyak Salik yang keliru
Mereka beranggapan Allah itu tidak dapat dilihat
Ini adalah persoalan yang rumit jikalau kita hanya memakai akal fikiran sedangkan Al-Quran sendiri telah menyatakan Allah itu tidak dapat dijangkau dengan akal fikiran bagi Aku jikalau mahu Mengenal Allah janganlah pakai akal fikiran kerana Allah tidak akan menyampaikan Aku kepada Allah
Nah kembali kepada persoalan Asal dapatkah Allah dilihat dengan nyata dan terang?
Bagi Aku sudah pasti boleh kerana Sufi terkenal Guru Mursyid pun telah menyatakan Aku tidak menyembah Allah yang tidak Aku kenal
Bermakna beliau kenal kepada Allah kalau kenal pasti beliau melihat Allah kerana kenal dengan melihat itu pasti seiringan
Perlu Aku nyatakan memang benar Allah tidak dapat dilihat dengan Mata Zahir tetapi melihat Allah adalah dengan Mata Hati bukankah kita ini Dua dalam Satu Zahir dan Batin yang Zahir tidak dapat melihat tapi yang Batin dapat melihat Allah
Jadi apabila ada orang menyatakan Allah tidak dapat dilihat ini bermakna mereka hanya kenal Diri yang Zahir sahaja tetapi tidak Mengenal Diri mereka yang Batin Alangkah ruginya mereka yang sebegini
Allah dapat dikenal dengan Mata Hati dan dengan mempelajari sifat-sifatNya. Hanya dengan jalan inilah kita dapat Mengenal dan melihat Allah dengan nyata dan terang iaitu dengan pandangan Mata Hati
Jikalau ada orang menyatakan ada jalan lain yang dapat mengenalkan Allah dengan sebenar-benar perkenalan itu bagi Aku hanya dusta belaka dan mereka Sendiri Aku pasti mereka juga belum melihat Allah dengan nyata dan terang.
Melihat Allah dengan nyata dan terang adalah dengan merasakan kehadiran Allah, tanpa Syak Wasangka lagi.
Inilah yang dikatakan Ilmu Rasa
Hanya yang merasa yang Mengenal
Dan melihat Allah dengan nyata dan terang
Tidak ada komentar:
Posting Komentar