Tuhan adalah tempat Manusia mengagung dan memuja
Jadi apa sahaja yang menjadi pujaan Manusia itulah Tuhannya
Sekalipun dia tidak menyebut Tuhannya
Sebenarnya apa sahaja yang Engkau Agungkan dan puja itulah Tuhan Engkau
Kalau negaralah yang menjadi Sanjungan dan pujaan Engkau
Itulah Tuhan Engkau
Jika bangsalah yang menjadi pujaan dan kebesaran Engkau itulah Tuhan Engkau
Kalau Engkau membuat apa sahaja demi Negara itulah Tuhan Engkau
Jika Engkau memperjuangkan demi kebesaran bangsa itulah Tuhan Engkau
Begitulah juga jika Engkau memperjuangkan keAgungan ideologi itulah Tuhan Engkau
Seterusnya kalau wang ringgit atau betina yang menjadi pujaan Engkau, itulah Tuhan Engkau
Sungguh bodoh Engkau bertuhankan yang tidak berkuasa di atas Engkau
Di mana kecerdikan Engkau mentuhankan benda yang kaku beku ciptaan Tuhan?
Segala yang kita sebutkan tadi bukankah akan binasa?
Mengapa Engkau bertuhankan sesuatu yang binasa?
Mengapa Engkau jadikan Tuhan yang Engkau akan tinggalkan?
Kenapa dan mengapa Engkau jadikan Tuhan yang tidak memberi apa-apa kepada Engkau
Itulah tandanya akal sahaja tidak cukup memandu Engkau!
Itulah buktinya Mata dan Akal tidak mampu memimpin Engkau!
Kalau Mata Hati dan jiwa Engkau buta
Hati dan jiwa yang buta itulah yang menjadikan Engkau tidak kenal Tuhan
Hati Engkau yang buta itulah yang Engkau salah mengambil Tuhan
Rupanya Engkau telah �Syirik�, tapi Engkau tidak sedar
Engkau anggap Sembah berhala sahaja menjadi Syirik?
Engkau puja Negara, Engkau puja bangsa, Engkau puja ideologi, Engkau telah Syirik
Memuja negara atau bangsa sama seperti memuja berhala
Kembalilah kepada Tuhan yang sebenar!
Engkau telah tersesat jalan!
Kerana Engkau jadikan Tuhan yang bukan Tuhan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar