Beranilah untuk menjadi benar walaupun kita bersendirian mengikut jalan yang lain. Jangan mengharap Dunia berubah sebelum kita berubah.
Perasaan dendam yang berpanjangan akan menjadi racun, menjejaskan secara perlahan-lahan kesihatan Diri. Sabar, reda dan maafkan semua kesalahan orang, itulah jalan keluar daripada penyakit Hati dendam. Sabar itu pahit tetapi buahnya manis.
Bakhil dan kikir. Salah satu kunci Syurga ialah murah Hati dan baik budi. Sikap pemurah Hati meluaskan rezeki, memanjangkan Silaturahim dan menghindarkan Musibah terlalu mengikut perasaan. Segala tindakan tidak berlandaskan fikiran, bukan atas penilaian Mata Hati.
Oleh itu, rawatan Hati mesti melalui lima perkara iaitu Mengawal apa yang kita dengar melalui telinga, Mengawal apa yang kita fikirkan melalui minda, Mengawal apa yang kita perkatakan melalui mulut dan lidah serta Mengawal apa yang kita bicarakan dalam Hati.
Sesungguhnya Otak mempengaruhi Emosi kita dan apa yang kita lihat dan dengar semua masuk pada Mata kita. Maka jagalah lima Pancaindera ini dengan ketakwaan dan Amalan Iman sebagai makanan Rohani yang akan menyihatkan fizikal supaya lebih kuat dan rajin beribadah dengan Beramal Mentauhidkan Diri Sejati.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar