Allah Wujud Tidak Bertempat
Allah ada Azali dan tiada suatu pun selain Allah
Dan maksud (kana) dalam lafaz yang pertama ialah keazalian
Kewujudan tanpa didahului oleh ketiadaan dan kewujudan tanpa permulaan.
Maka difahami, sejak Azali lagi Allah Wujud tanpa ada sesuatu bersama kewujudan Allah Tiada Arasy, tiada Air, tiada langit, tiada Cahaya, tiada tempat dan tiada kesemua Makhluk.
Bahawa Allah Wujud sejak Azali tanpa ada tempat. Sekalipun selepas dijadikan langit dan Arasy Allah tidak berada di atas Arasy.
Allah yang bernama Ar-Rahman tertinggi di atas Arasy
tidak boleh difahami dengan makna Zahir kerana Kalimah Istawa adalah Kalimah musytarak iaitu satu Kalimah yang berkongsi dua atau lebih maksud.
Antara makna Istawa ialah:
Duduk
Tertinggi
Menguasai
Memasak
dan lain-lain sehingga lebih 12 maksud.
Guru Mursyid tidak memilih mana-mana makna bagi Kalimah Istawa dan ayat Mutasyabihah yang lain kerana bagi mereka ALLAH LEBIH MENGETAHUI MAKNANYA.
Hal ini kerana Guru Mursyid beramal dengan kaedah Tafwidh iaitu menyerah bulat-bulat kepada Allah tanpa takyif (tatacara), tamsil (penyerupaan), tasybih (penyamaan), tajsim (penjisiman), tahrif (penyelewengan) dan segala yang tidak layak bagi Allah.
Namun, apabila “salafussoleh” Melayu cuba transform menjadi Salafussoleh tiga kurun terbaik, mereka yang Melayu ini gemar untuk menterjemahkan istawa dengan makna bersemayam.
Kamus Dewan Bahasa & Pustaka mentakrifkan “Bersemayam” dengan makna duduk.
Maka jelaslah bahawa Wahabi Malaysia mahu menetapkan Allah “Duduk” atas Arasy. Hal ini bercanggah dengan kata-kata Guru Mursyid seperti
Allah ada Azali, tanpa masa dan tanpa tempat
Sesiapa berkata atau beritiqad Allah duduk atas Arasy maka dia menjadi Kafir
Kewujudan Allah Azali dan tanpa bertempat, kemudian Allah mencipta Arasy dan Kursi dan Dia tidak berhajat kepada tempat. Kewujudan-Nya setelah menciptakan tempat sebagaimana kewujudan-Nya sebelum menciptakan tempat iaitu Allah tidak bertempat
Salafussoleh berpegang Allah istawa dengan yakin tanpa persamaan dengan Makhluk kemudian mereka serahkan makna kepada Allah.
Salapi Melayu berpegang Allah bersemayam dengan yakin dan menyerahkan kaifiyyat (Cara) Allah bersemayam. Ini BIDAAH DALAM AQIDAH.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar