Apakah yang dikatakan Qalbu Mukmin itu, adakah ia terdapat pada semua orang, dan adakah ia juga ada pada Haiwan.
Kata orang bijak pandai, Allah tidak dapat dikandung oleh Alam Semesta ini tetapi Dia dapat dikandung oleh Qalbu orang Mukmin.
Qalbu bagi orang Mukmin adalah tempat bersemayamnya Maha Pencipta, ia juga adalah bagaikan cermin tempat jatuhnya tilikan Yang Maha Berkuasa.
Ada orang berkata Qalbu Mukmin adalah RUH, dan setengah orang pula menyatakan ia adalah Ruhku iaitu RUH yang ditiupkan ke dalam Jasad Adam setelah Maha Pencipta menciptakan Jasadnya.
Sebenarnya, Hakikat Qalbu Mukmin adalah Ruh. Qalbu orang Mukmin adalah tempat bersemayamnya Yang Maha Berkuasa.
Ada yang berpendapat RUH orang Mukmin tidak terdapat pada semua orang, seperti orang gila dan sebagainya, ia hanya terdapat pada orang yang mana Hatinya telah menerima pancaran Nur Ilahi. Dan Haiwan sudah pasti tidak mempunyai Qalbu yang semacam ini.
RUH jenis ini RUH yang telah bebas, bukan RUH yang diselaputi Nafsu juga tidak dimiliki oleh Haiwan. RUH ini adalah Anugerah Allah kepada hambanya yang berusaha bersungguh-sungguh untuk Mengenali penciptanya.
Dan RUH inilah apabila telah terbebas daripada ikatan Nafsu berupaya membawa Manusia kembali kepada Yang Maha Penciptanya.
Dengan lain perkataan RUH ini hanya berfungsi pada Manusia yang telah Mengenal Dirinya, atau pun kebalikannya Manusia yang telah Mengenal Penciptanya.
Dan kesempurnaan Hati atau Qalbu bukanlah terletak kepada Dzikir atau banyaknya Dzikir yang telah dilakukan, tetapi terletak kepada Iman yang Sempurna.
Apakah Iman yang Sempurna itu?
Iman yang Sempurna ialah Iman orang yang percaya kepada Penciptanya. Bukan hanya percaya di kata-kata sahaja tetapi percaya kerana telah Mengenalinya, dengan pengenalan yang Sempurna.
Ada yang berkata cuba Engkau dengarkan baik-baik dengan Hatimu atau cuba Engkau berkata-kata daripada Hatimu atau Qalbumu.
Nah.
Apakah maksudnya?
Yang dimaksudkan di sini adalah berkata-kata dengan kesedaran RUH, iaitu RUH lah yang berkata-kata bukan Jasad. Jasad tidak punyai apa-apa, hidupnya pun dihidupkan.
Nah bagi mereka yang telah agak matang perjalanan Ruhaninya maka, apabila ia berkat-kata dari Qalbunya, ia akan menggunakan kesedaran yang lebih tinggi daripada RUH, apakah kesedaran itu?
Apakah kesedaran yang lebih tinggi dari kesedaran RUH?
Tentu Ante sudah dapat menangkap apa yang Ana maksudkan.
Mereka yang mempunyai kesedaran yang tinggi ini, adalah mereka yang secara lumrahnya menjadi Khalifah di muka Bumi ini.
Ada yang berkata Manusia itu adalah Khalifah di muka Bumi ini, pada pandangan Ana ini adalah kenyataan yang terlalu umum, tidak semua Manusia yang menjadi Khalifah di muka Bumi ini,
kerana tugas Khalifah adalah untuk membangunkan Bumi yang indah diciptakan Allah tetapi sangat ramai Manusia yang memusnahkan dan merosakkan Bumi ini, sudah pasti mereka bukan Khalifah.
Jadi Khalifah yang sebenarnya adalah mereka yang Qalbunya telah disinari Cahaya Ilahi, yang tugasnya antara lain adalah membangunkan Alam ini dan menjadi pelita kepada jiwa-jiwa yang ingin Kembali kepada Penciptanya..
Apabila Cahaya Ilahi telah menyinari Hati atau Qalbu seseorang itu, yang tinggal hanyalah Sifat-Sifat yang terpuji, yang akan dapat memakmurkan dan merawat Alam ciptaan Yang Maha Pencipta ini.
Khalifah itu diberikan kuasa khusus oleh Penciptanya untuk merawat Alam semesta ini dan Alam semesta ini juga Menghormati kepada Sang Khalifah.
ALLAH U AKBAR
Tidak ada komentar:
Posting Komentar