Idul Fitri adalah kemenangan menuju fitrah nan Suci, iaitu kembali kepada Allah. Tetapi malangnya bagi kebanyakan orang Idul Fitri adalah menyambut kemenangan berpuasa di bulan Ramadan menyambut Hari Raya Puasa.
Pada Hari Raya Puasa segala macam juadah makanan yang enak-enak disediakan, nah ini bertentangan dengan amalah yang baru sahaja dilakukan di bulan Ramadan, iaitu menahan Diri dari lapar dan dahaga menahan Diri dari Hawa Nafsu. Jikalau demikian sia-sialah Amalan berpuasa itu kerana Nafsu yang dikekang selama ini, kini bermaharaja lela kembali.
Ruhku yang sudah mahu terbebaskan dari ikatan Nafsu, selama sebulan berpuasa itu, kini terpenjara kembali. RuhKu adalah Ruh Suci yang ditiupkan Allah ke dalam Jasad Adam, semasa Asal kejadian Adam dahulu, yang kini diwarisi Manusia. Dan Ia sangat ingin kembali kepada Allah, kerana itulah tugasnya, tetapi malangnya ia tidak dapat melaksanakan tugas itu kerana terpenjara oleh nafsu. Selagi nafsu tidak terkalahkan selagi itu, Ruhku akan terpenjara dan merintih dalam kesedihan dan sangat hiba.
Dan di bulan Ramadan inilah Ruhku berpeluang untuk, kembali kepada Allah setelah nafsu terkalahkan, tetapi berapa banyakkah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsu mereka di bulan Ramadan ini, sungguh sangat sedikit sekali.
Dan yang paling malangnya, terdapat orang yang salah tanggapan berkaitan dengan malam Lailatul Qadar, mereka percaya Lailatul Qadar turunnya pada malam 21 Ramadan yang terakhir. Dan pada tempoh masa itulah mereka melipatgandakan Amal Ibadah mereka, mengharapkan keberkahan dari Allah, mengharapkan pahala yang melebihi seribu bulan.
Sebenarnya Lailatul Qadar itu adalah turunnya Cahaya Allah ke dalam Diri seseorang atau menemui Allah, bagi orang yang telah berjaya mengalahkan Hawa Nafsunya. Lailatul Qadar adalah Selamat Datang Ya Allah, ke dalam diriKu. Kemenangan bertemu dengan Allah ini disebut Futuh Al Mukasyafah,.. kemenagan kerana menyaksikan Wajah Allah.
Dan kemenangan ini tidak hanya diperolehi pada bulan Ramadan sahaja, tetapi di bulan-bulan lain atau hari-hari lain juga asalkan, syaratnya dipenuhi iaitu, telah berjaya mengalahkan Hawa Nafsu, maka dengan itu Ruhku terbebas dari ikatan Nafsu, dan dengan itu ia mampu untuk kembali kepada Allah.
Pada bulan Ramadan ini, dapat dilihat ramai orang yang melakukan ibadah di surau-surau dan Masjid-Masjid yang dibina oleh Manusia atau Nabi contohnya Masjidil Haram, yang dibina oleh Nabi Ibrahim Tetapi amat sedikit orang yang beribadah di rumah Allah yang dibina oleh Allah Sendiri.
Apakah rumah Allah yang dibina oleh Allah sendiri itu? Yakinilah bahawa Rumah Allah yang dibina Allah Sendiri itu adalah Jasad manusia yang diciptakan dari tanah dalam enam proses. Proses yang pertama: pembinaan dari sari pati tanah, kedua: sperma dan telur, ketiga:segumpal darah, kempat:segumpal daging, kelima: tulang, keenam:dibungkus dengan daging.
Dan pada proses ketujuh atau disebut hari ketujuh dalam kiasan diamanahkan atau ditiupkan Ruhku dan ditempatkan Ruhku di Rumah Allah Baitullah. Rumah Allah itu berada di hamparan Qalbu orang-orang Nan Mukmin. Di rumah Allah itu ada Ruhku, Muhammad Rasul Allah, dan Aku Dzat Allah
Merurut hadis Rasullulah: Baitullah Rumah Allah itu berada di Qalbu orang Mukmin.
Apabila sudah diyakini bahawa Rumah Allah itu berada di Qalbu Nan Bening maka selalulah berkunjung ke situ dan menemukan Allah di situ bukan di tempat-tempat lain, yang pastinya tidak akan bertemu Allah di tempat itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar