Minggu, 05 Desember 2021

RAHSIA DIAM

 

Seorang Salik akan memasuki Satu keadaan Seperti keadaan Orang yang Sedang tidur ataupun istilah yang biasa didengar Mati Sebelum Mati ataupun dengan istilah yang mudah Diam’ iaitu fikiran tidak bergerak Batin dan Jasad juga tidak bergerak


Allah mematikan Manusia memegang Rohnya ketika Mati dan bagi yang belum Mati di dalam tidurnya lalu Allah menahan Roh Orang yang telah ditetapkan kematiannya dan melepaskan Roh Orang yang lain tidur Sampai Waktu yang ditentukan


Bagi Salik yang mencapai tahap ini ia berpeluang untuk memasuki Alam Ruh Dengan izin Allah

Keadaan diam ini dilakukan Supaya pencinta mencapai keadaan Mati Sebelum Mati atau keadaan semacam Orang tidur


Untuk mencapai keadaan ini diam ini perlulah berhujung kepada hilangnya Semua perasaan dan fikiran sehingga tercapai keadaan ketiadaan rasa apa-apa pun tetapi masih dalam kesedaran


Diam itu tidak bergerak

Tidak bergerak itu Mati

Mati itu Hakikat Tiada

Tiada itu adalah Kekosongan

Hanya ada Allah


Sebelum Salik mencapai makam diam ini Salik perlu melepasi beberapa tahapan sebelumnya iaitu

Fana Rasul

Fana Allah

Baqa Allah

Liqa Allah Aspek Wujud Allah

Bagi pencinta Allah ingatlah bahawa


Diam itu adalah Singgahsana NYA

Diam itu adalah Hakikat Muhamad Wahdah

Diam itu adalah Sumber Kun Fayakun

Diam itu mengangkat Salik ke Makam Insan Kamil Mukamil

Tanpa proses diam kepongpong tidak akan menjadi kupu-kupu


Jelaslah Sangat penting proses diam ini Umpama menunaikan Haji di Mekah Tanpa Wukuf di Arafah maka tiadalah Haji ia tidak boleh diganti dengan dam perlu dilakukan Sendiri.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar