Minggu, 05 Desember 2021

KARAM DIRI

 

Kita selalu berhadapan masalah ketidak seimbangan dalam menangani kehidupan kita antara Dunia dan Akhirat


Biasanya kita akan terkejar-kejar dan berusaha keras bagi menentukan Semua Urusan Dunia dengan sesama Manusia berjalan lancar seperti dirancang


Ada kala Semasa proses itu menyebabkan kita lalai perintah Allah Swt seperti firman-Nya yang bermaksud Kamu telah dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti Oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan dengan sebanyak-banyaknya harta benda Anak pinak pangkat dan pengaruh Hingga kamu Masuk kubur


Hairannya kita tidak berasa tertekan atau bersalah jika Urusan Dengan Allah Swt untuk kehidupan di Akhirat tidak diurus Secara baik dan berjalan lancar Bahkan kita sering melambat-lambatkan melaksana perintah Allah atau melakukan tidak sepenuh Jiwa tetapi sambil lewa


Ingatlah jika Asyik menjunjung Dunia kelak Dunia itu yang akan menghempap kita Banyak kejadian bencana seperti gempa Bumi letupan Gunung Berapi banjir besar Tanah runtuh dan seumpamanya yang berlaku adalah Sebab Allah Swt menunjukkan kemurkaan-Nya


Kelemahan Manusia ialah ketika memiliki Wang yang Banyak akan berbelanja lebih dan diberi Kesihatan serta kebahagiaan lupa kepada Allah Swt Apabila Allah Swt sentap kebahagiaan hidup dengan Malapetaka barulah kita sedar tiada kuasa boleh menghalang kehendak-Nya


Hendak tahu sama ada Hidup kita seimbang atau tidak caranya ialah lihat dan Nilai Diri Muhasabah Jika kita Sibuk melihat dan mencari kelemahan Diri kita tidak akan ada masa untuk melihat kekurangan Orang lain Tinggalkan Tabiat suka melihat kelemahan Orang baik yang Kecil apa lagi yang Besar


Kedua Nilai Diri adakah kita sering mengalami tekanan Jika Sentiasa berdepan tekanan dan sering sakit ia menunjukkan sudah berlaku ketidak seimbangan dalam kehidupan Tekanan adalah petunjuk Hati tidak Tenang kerana Banyak membuat kesilapan kepada Orang atau berdosa Dengan Allah Swt


Jika Sentiasa mengalami Tekanan mohonlah maaf kepada Orang yang pernah kita lukai Hatinya banyakkan bertaubat serta tingkatkan keimanan dan ketakwaan Tekanan boleh diatasi dengan memperbaiki Akhlak Sentiasa Ikhlas dan berbaik Sangka terhadap Allah Swt


Tekanan yang tidak terkawal dan berpanjangan akan memberi gangguan kepada Mental serta menyebabkan penyakit seperti gastrik sakit kepala pening migrain selesema dan sinus Jika dibiarkan berterusan penyakit itu boleh melarat menjadi lebih Kronik Seperti sakit pinggang Darah Tinggi dan Jantung


Badan Sihat hasil daripada fikiran yang Sihat dan positif Badan dan fikiran yang Sihat akan menghasilkan Emosi Positif yang menjadikan setiap tindakan dalam kehidupan juga Positif


Setiap hari niatkan Diri Untuk menjadi lebih baik daripada semalam Insya-Allah bermula dengan niat baik dan Positif Sepanjang Hayat akan baik serta Positif Walau di mana berada jadilah Diri Sendiri dan Jangan mudah dipengaruhi Oleh Orang lain serta persekitaran


Orang yang dapat keseimbangan Hidup mempunyai pendirian serta tidak mudah dipengaruhi Jadilah seperti ikan di laut tidak masin dagingnya dek masinnya Air laut Janganlah menjadi ikan di darat masin dagingnya dek direndam Air bergaram


Berjaya mengawal perjalanan hidup dengan mengutamakan yang penting dan lebih penting Mampu melaksanakan tanggungjawab untuk kehidupan Duniawi Dengan sesama Manusia dan tanggung jawab kehidupan Akhirat Dengan Ilahi Akhirat dijunjung Dunia dikelek


Ketidak seimbangan sering berlaku kerana Manusia mempunyai pelbagai ragam Ada yang mudah terikut-ikut ada mengetahui keunikan Diri memiliki Tujuan Hidup disiplin kuat berpengalaman serta mampu mengawal Diri luar dan dalam


Bagi mencapai tahap Makrifatullah yang menjadikan Allah Swt sebagai tujuan hidupnya maka Jangan mengharap kepada Sesiapa kecuali Allah Swt kerana kuasa Allah yang Maha Besar Allah yang mengatur segala kejadian Alam


Kita tidak boleh mengubah sikap Orang kerana Manusia berubah daripada Hati dan Emosinya Hanya Allah Swt yang Maha Berkuasa menggenggam Hati Manusia Oleh itu pentingnya kita membersihkan dan membetulkan Hati serta meningkatkan ketakwaan


Orang paling malang ialah yang saling mengharapkan Manusia Hentikan mengharap dipuji dikasihi dan diberi Sebaliknya Tanamkan dalam Hati Supaya suka memuji Mengasihani dan memberi Jadikan Diri Seorang yang Sentiasa mengharap dikasihi dirahmati dan dilindungi oleh Allah Swt


Ingatlah Dengan Makhluk kita ingin memberi Dengan Allah Swt kita mahu mendapat Sebab hanya Allah Swt Maha Pemberi Pemurah dan Penyayang Semakin banyak kita meminta kepada Allah Semakin disukai Allah maka serulah Dengan penuh ketakwaan nama-nama Allah Swt itu


Tidak ada komentar:

Posting Komentar