Ketahuilah bahawa Allah Taala menjadikan Manusia ini terdiri daripada dua suatu yang berbeza iaitu
Jisim yang gelap tebal termasuk di bawah kejadian dan kebinasaan yang tersusun bersifat ketanahan yang tidak dapat melaksanakan urusannya melainkan dengan yang lain
Jiwa Jauhari yang tunggal yang bercahaya mencapai bertindak lagi menggerakkan dan menyempurnakan alat-alat
alat-alat dalam badan Manusia baik yang bersifat ruhaniah seperti Ruh Haiwani Ruh Tobie dan lain-lain atau bersifat Jasmaniah seperti Otak dan bahagian-bahagiannya dan lain-lainnya Allah Taala menyusun jasad-jasad dari bahagian-bahagian makanan dan menjaganya dengan bahagian-bahagian Zat makanan yang lebur menyerap ke dalam Jasad menyediakan asas menyempurnakan anggota-anggota penting menentukan anggota-anggota kaki dan tangan dan melahirkan Jauhar Jiwa dari urusan yang Tunggal Sempurna menyempurna lagi memberi faedah
Bukanlah saya Imam Ghazali maksudkan Jiwa itu kekuatan untuk mendapatkan Makanan
bukan kekuatan yang menggerakkan Syahwat Al-Nafsu dan kemarahan bukan kekuatan yang berada dalam jantung Al-Kolbu yang melahirkan Hidup menimbulkan rasa dan gerak dari jantung kepada seluruh Anggota kerana kekutan ini dinamakan Ruh Haiwani
Rasa gerak Syahwat adalah dari tentera Ruh Haiwani ini
Kekuatan mendapatkan makanan yang berada dan menguruskan dalam Hati Al-Kabad dinamakan Ruh Tobie Pencernaan dan penolakan adalah daripada Sifat-Sifatnya Kekuatan merupa melahir menyubur dan lain-lain kekuatan Tobie Semuanya menjadi khadam-khadam bagi Jasad dan Jasad pula adalah khadam kepada Ruh Haiwani kerana Jasad menerima kekuatan-kekuatan dari Ruh Haiwani dan bekerja menurut geraknya
Sebenarnya yang dimaksudkan dengan JIWA itu ialah JAUHAR YANG SEMPURNA LAGI TUNGGAL Al-Jauhar Al-Kamil Al-Mufrad yang kerjanya hanya
Mengingat menghafaz memikir membeza dan mengamat-amati juga menerima Segala Ilmu dan tidak jemu-jemu menerima rupa-rupa Abstrak yang bersih dari benda
Jauhar ini adalah ketua Segala Ruh dan Raja Segala kekuatan semuanya berkhidmat kepada Jauhar ini dan menjunjung perintahnya Jauhar ini tidak lain tidak bukan dari JIWA BERAKAL Al-Nafs An-Naathokoh yang diberikan berbagai-bagai nama Para Ahli Falsafah menamakan Jauhar ini Sebagai JIWA BERAKAL Al-Naf An-Naathokah Al-Quran menamakannya Sebagai JIWA YANG TENANG Al-Nafsul Mutomainnah Al-Quran juga menamakannya sebagai RUH URUSAN Al-Ruh Al-Amri Ahli Tasauf menamakannya Sebagai QALBU Al-Qalbi Perbezaan cuma pada Segi nama-nama Sahaja tetapi Ertinya satu tidak ada perselisihan Oleh itu QALBU dan RUH pada kita juga YANG TENANG Semua nama-nama itu adalah bagi JIWA BERAKAL Al-Nafs Al-Naathokoh Jiwa berakal ialah Jauhar yang Hidup Aktif lagi mencapai kalau disebut Ruh Mutlak atau Qalbu Maksudnya ialah Jauhar ini juga
Ahli-ahli Tasauf menamakan Ruh Haiwani pula dengan Nafsu Syarak juga memberikan pengertian yang sama Sebagaimana Sabda Rasulullah Saw yang bermaksud
Musuh Engkau yang paling ketat ialah Nafsu Engkau
Baginda bersabda lagi dengan maksud
Nafsu Engkau ialah yang terletak di antara dua pihak
Perkataan Nafsu yang dimaksudkan Oleh Syarak di sini ialah kekuatan Syahwaaniah dan kemarahan kerana kedua-duanya muncul dari jantung yang terletak di antara dua pihak dari Tubuh Manusia Bila kamu telah faham dan Mengetahui perbezaan nama-nama itu ternyatalah bahawa para pengkaji memberikan nama yang bermacam-macam terhadap Jauhar yang bernilai ini dan mengemukakan pendapat-pendapat yang berbeza Para Ahli Ilmu Kalam yang pandai dalam debat menganggap Jiwa itu Sebagai suatu Jisim dan menyatakan bahawa ia adalah Jisim yang halus sebagai tantangan bagi Jisim yang tebal ini Mereka hanya melihat perbezaan di antara Ruh dan Jasad dari Segi kehalusan dan ketebalan Sahaja
Sebahagian dari mereka menganggap Ruh sebagi Aradh Sebahagian daripada ahli-ahli kedoktoran Cenderung ke arah pendapat ini Ada pula yang menganggap darah Sebagai Ruh
Mereka Semua merasa puas Hati dengan pendapat mereka kerana dipengaruhi oleh kecantikkan pandangan dan mereka TIDAK BERUSAHA mencari bahagian ketiga sedangkan sebenarnya ada Tiga bahagi iaitu Jisim Aradh dan Al-Jauhar-Al-Mufrad
Ruh Haiwani ialah Jisim yang halus seolah-olah lampu bernyala terletak dalam kaca Jantung Jantung yang dimaksudkan di sini ialah rangka Sanubari yang tergantung pada dada Manusia.
Hidup adalah lampu tersebut
Darah ialah minyaknya
Rasa dan gerak merupakan Nur-Nya
Syahwat ialah kepanasannya
Kemarahan ialah wapnya
Kekuatan mencari makanan yang berada di Dalam Hati merupakan khadam atau penjaganya dan wakilnya
Ruh ini terdapat pada Segala binatang Ruh ini tidak menerima Ilmu dan tidak Mengetahui soal yang berhubung dengan Alam dan tidak Mengetahui hak-hak Pencipta Alam Ia hanya merupakan khadam yang terikat Ia Mati bersama dengan Matinya badan Jika bertambah darah padam lampu itu kerana bertambah kepanasan dan sebaliknya jika berkurangan darah ia akan padam juga kerana bertambah kesejukan Padamnya menjadi sebab bagi Matinya Badan Tidak ada Khitob Allah iaitu perkataan-perkataan Allah yang lazim yang dihadapkan kepada Orang-Orang Mukallaf berhubung dengan perbuatan-perbuatan mereka dan tidak ada Takhlif pemikul tanggung jawab yang diamanahkan dari Allah melalui Hukum Syarak yang lima Tuan punya Syarak terhadap Ruh ini Kerana inilah Segala binatang tidak termasuk ke dalam Makhluk-Makhluk yang menerima Khitob dengan Hukum-Hukum Syarak
Manusia sebenarnya ditakhlif dan dikhitob kerana suatu makna yang lain terdapat padanya Sebagai suatu tambahan yang dikhaskan untuknya Maknanya ialah pada Manusia ada JIWA YANG BERAKAL Al-Nafs-An-Naatokoh RUH URUSAN Ruhul-Amri dan JIWA YANG TENANG Al-Nafsul Muthomainnah
Ruh ini bukanlah Jisim dan bukanlah Aradh kerana ia datang dari urusan Allah Taala Sebagaimana firmannya yang bermaksud
Katakanlah hai Muhammad bahawa Ruh itu adalah Urusan Allah
Allah berfirman lagi yang bermaksud
Hai Jiwa yang Tenang kembalilah kepada Allah dengan keadaan redho dan diredhoi
Urusan Allah bukanlah berupa Jisim dan bukan pula Aradh malahan ia adalah suatu kekuatan ILAHIYAH seperti AKAL YANG PERTAMA Al-'Aklul-Awal Luh dan Qalam Kekuatan Ilahiyah adalah Jauhar-Jauhar Tunggal yang bukan dari benda malah ia merupakan sinar-sinar Abstrak yang dapat difahami oleh Akal Ma'quulah Bukan boleh dirasa Apa yang kita Sebut Sebagai Ruh dan Qalbu adalah dari Jauhar-Jauhar itu
Bahawa Ia tidak Rosak tidak layu tidak binasa tidak Mati bahkan ia terpisah dari Badan dan menantikan perkembaliaan pada Hari Kiamat sebagaimana yang dinyatakan dalam Syarak dan telah disahkan dalam ilmu-ilmu HIKMIAH Falsafah Dengan alasan-alasan yang tidak dapat ditolak lagi Buktinya yang nyata menunjukkan bahawa RUH YANG BERAKAL bukanlah Jisim dan bukanlah Aradh malah ia adalah JAUHAR yang Sabit Nyata lagi kekal tiada binasa Di sini rasanya tidak perlu lagi kita menyebut alasan-alasan dan membentangkan dalil-dalil kerana telah dibuat dan disebut Orang Sesiapa yang mahu mengesahkannya silalah tatap kitab-kitab yang baik Mengenai Ilmu ini Cara kita memberi huraian dalam risalah ini bukanlah dengan mengemukakan alasan malah dengan berpegang pada apa yang telah dialami menerusi PENGLIHATAN YANG YAKIN DAN PENGLIHATAN IMAM
Allah Taala ada menghubungkan Ruh kepada urusan dan kadang-kadang kepada IZAHNya Zat yang tiada boleh dicapai dengan Akal dan fikiran Dengan Firman Allah yang bermaksud
Dan Aku Allah tiupkan padanya Ruh dari Allah
dan Firman Allah lagi yang bermaksud
Katakanlah Hai Muhammad bahawa Roh itu adalah Urusan Allah
dan Firman Allah lagi yang bermaksud
Lalu kami tiupkan padanya dari Roh kami
Bila Roh itu dihubungkan oleh Allah Taala kepada DiriNya tentulah ia bukan Jisim atau A'radh kerana rendah tingkat kedua-duanya selalu berubah-ubah dan cepat hilang serta akan Rosak
Rasulullah Swt bersabda yang bermaksud
Roh-Roh adalah sebagai tentera yang lengkap
dan dalam Sabda Baginda yang lain lagi Beliau menyatakan
Roh para Syuhadah terletak dalam Bayang-Bayang Burung-Burung hijau
Begitu juga dengan A'radh tidak kekal Selepas hilangnya Jauhar kerana A'radh tidak boleh berdiri dengan Zatnya Sendiri Manakala Jisim menerima peleburan Kembali Sebagaimana Asalnya Sebelum penyusunan dari benda Al Madah dan rupa Seperti yang tersebut dalam kitab-kitab Falsafah
Setelah kita Mengetahui Ayat-Ayat hadis-hadis dan alasan-alasan akal ketahuilah kita bahawa Ruh itu adalah JAUHAR MUFRAD YANG SEMPURNA Al-Jauharul Mufrad Al-Kamil hidup dengan zatnya baik dan buruknya Agama adalah datang daripadanya manakala Ruh Tobie dan Ruh Haiwani dan kekuatan badaniah seluruhnya daripada tentara Jauhar Mufrad Yang Sempurna ini
Jauhar ini menerima rupa-rupa maklumat dan Hakikat maujudah sesuatu yang Wujud di Alam ini Dengan tidak diganggui oleh ain-ain dan peribadinya kerana Jiwa berkuasa Mengetahui Hakikat Manusia Tanpa melihat peribadi Manusia itu Sendiri begitu juga ia Mengetahui Malaikat dan Syaitan-Syaitan Dengan tidak perlu melihat peribadi-peribadi Mereka Ini adalah kerana kedua-dua jenis Makhluk itu tiada dapat dicapai oleh deria-deria kebanyakan Orang
Satu Golongan Ahli Tasauf berkata bahawa Qalbu mempunyai Dua Mata Serupa juga Dengan Dua Mata bagi Jasad ini Jasad dapat melihat benda-benda yang Zahir Dengan Mata-Mata Zahir dan Qalbu melihat Hakikat Dengan Mata Akal
Rasulullah Swt bersabda yang bermaksud
Tiada ada seorang hambapun melainkan Qalbunya mestilah mempunyai Dua Mata
Dengan kedua-dua Mata ini dapatlah dicapai apa yang Ghaib Bila Allah Taala hendak memberikan kebaikan kepada hambanya ia bukakan Dua Mata Qalbunya supaya dapat melihat sesuatu yang Ghaib dari pemandangan Mata lahirnya Roh ini tidaklah Mati Dengan Matinya Badan kerana Allah Taala menyerunya supaya Kembali kepada Allah dengan Firman Allah yang bermaksud
Kembalilah kepada Allah
Sebenarnya Ruh ini Hanya bercerai dan berpaling dari Badan Oleh kerana berpaling ini maka kakulah Segala yang bersangkut Dengan kekuatan-kekuatan Haiwaniah dan Tabii'yah Maka diamlah yang bergerak itu dan dikatakan kepada yang diam itu ialah MATI
Ahli-ahli Tharikat atau ahli Tasauf lebih banyak berpegang pada Roh dan Qalbu dari berpegang pada peribadi Apabila Roh itu dari Urusan Allah Taala maka beradanya dalam Badan adalah sebagai Orang dagang Mukanya mengarah pada Asalnya dan tempat datangnya Ia dapat mengambil faedah-faedah dari pihak Asalnya lebih banyak dari apa yang ia dapat dari pihak peribadi bila Ruh itu kuat dan tidak dikotori oleh kekotoran-kekotoran Tabiat
Bila Anda Mengetahui Ruh adalah Jauhar Mufrad dan Mengetahui pula Jasad memerlukan ruang dan A'Radh maka Selain dari ini tidak ada lagi melainkan Jauhar Ketahuilah bahawa Jauhar ini tidak menempati pada sesuatu tempat dan tidak mendiami pada sesuatu ruang Bukanlah Badan adalah ruang bagi Ruh dan bukan pula tempat bagi Qalbu malahan Badan adalah alat Ruh alat Qalbu dan kenderaan jiwa Zat Ruh Sendiri tidak bersambung Dengan bahagian-bahagian Badan dan tidak berpisah daripadanya bahkan ia menhadap kepada Badan memberi faedah dan melimpah kepadanya
Mula-mula lahir Nur Ruh pada Otak kerana Otak tempat kenyataan yang khas
Pada bahagian depannya ia menjadi penjaga
Pada bahagian tengahnya ia menjadi Menteri dan pentadbir
Pada bahagian belakangnya ia menjadi perbendaharaan Ahli perbendaharaan dan seluruh bahagian manjadi kaki tangan dan kenderaan
Roh Haiwani menjadi khadam
Roh Tobie menjadi wakil
Badan menjadi kenderaan
Dunia menjadi Medan
Hayat menjadi Barang Modal
Gerak menjadi perniagaan
Ilmu menjadi keuntungan
Hari Akhirat menjadi Matlamat dan tempat pulang
Syarak menjadi Jalan dan cara
Terhadap Jiwa pendorong kejahatan Nafsu Amarah menjadi penjaga dan pemerhati
Terhadap Jiwa pengkritik Nafsu Lawamah ia menjadi penyedar
Pancaindera menjadi pengikut-pengikut dan pembantu
Agama menjadi penghalang
Akal menjadi Mahaguru
Rasa Pancaindera menjadi Murid
Ar-Robh ALLAH menjadi pemerhati
Jiwa dengan Sifat-Sifat ini bersama dengan alat-alat ini tidak mengarah kepada peribadi yang tebal ini dan tidak berhubung Dengan Zat-Nya malahan ia mengarah kepada Allah dan Allah memerintahkannya supaya mengambil kesempatan mendapatkan sesuatu yang berguna hingga kepada satu tempoh yang tertentu
Oleh itu Ruh tidaklah menumpukan pemerhatian ke arah memikirkan yang lain dalam masa perjalanan hidup di atas Dunia ini melainkan berusaha Mencari Ilmu untuk menjadi perhiasan di dalam Negeri Akhirat Ini adalah kerana perhiasan harta dan anak-anak adalah perhiasan Hidup di Dunia Sahaja sebagaimana Mata menumpukan pemerhatian ke arah mendengar suara-suara lidah siap sedia untuk menyusun kata-kata Ruh Haiwani tunduk kepada keenakkan marah Ruh Tobie cintakan kelazatam makan dan minum maka Ruh yang Tenang AL-Ruh Al-Muthomainnah Ertinya Qalbu tidak menghendaki apa-apa Selain daripada Ilmu dan tidak gemarkan sesuatupun Selain daripada Ilmu Ia belajar dan belajar sepanjang usianya Ia menghiasi Dirinya Dengan ilmu dalam seluruh zaman hingga waktu bercerainya dari Badan Jika ia menerima sesuatu yang lain daripada Ilmu maka penerimaannya ini cuma untuk kepentingan Badan bukan untuk kepentingan Dirinya dan kecintaan Asalnya Bila anda telah Mengetahui hal Ehwal Ruh kekalannya yang berterusan kecintaannya dan pemerhatiannya kepada Ilmu maka patutlah Anda Mengetahui pula tentang jenis-jenis Ilmu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar