Inilah pada menyatakan bahawa didalam Badan Manusia itu EMPAT BAHAGI yaitu
NAFAS
ANPAS
TANAPAS
NUPUS
Sesungguhnya bagaimana rupa Jasmani begitu jugalah rupa NYAWA.
Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti ANPAS. Maka keempat itu berperingkat sampai kepada NUPUS dan Nupus itu saperti rupa ZAT manakala Zat itu saperti rupa SIFAT dan Sifat itu saperti rupa ASMA’ dan Asma’ itu saperti rupa AFA’AL.
Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith Qudsi :-
QA LAL LAH HU TAALA - AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI FATI ILLA KHAIRI LIL LAH
Insan itu Rahsia Aku dan Aku Rahsianya. Sifat Aku itu Sifatnya tiada ada daripada Aku melainkan Allah Taala
Barang siapa Mengenal akan BADANnya ia Mengenal akan NYAWAnya. Barang siapa Mengenal akan nyawanya ia akan Mengenal akan SIRRnya Barang siapa Mengenal akan Sirrnya akan Mengenal akan Allah yang Qadim adanya.
Ketahuilah olehmu Wahai Talib – YANG KELUAR itu bernama NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu gerak dari hidung sampai kebawah leher. Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher sampai ke Hati. Yang dinamai NUPUS itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar