Rabu, 15 Desember 2021

INSAN SEJATI

 

Tidur orang Alim lebih baik daripada ibadat orang jahil. Orang Alim adalah orang yang telah memperolehi pengetahuan tentang Hakikat atau yang sebenar, yang tidak berhuruf, tidak bersuara. Pengetahuan demikian diperolehi dengan terus menerus berzikir nama ke-Esaan Yang Maha Suci dengan lidah Rahsia. Orang alim adalah orang yang Zat Dirinya ditukarkan kepada Cahaya Suci oleh Cahaya ke-Esaan. Allah berfirman melalui Rasul-nya.

Insan adalah Rahsia Aku dan Aku Rahsianya. Pengetahuan Batin tentang Hakikat Roh adalah Rahsia kepada Rahsia-Rahsia Aku. Aku campakkan ke dalam Hati hamba-hamba Aku yang baik-baik dan tiada siapa tahu Keadaannya melainkan Aku.

Aku adalah sebagaimana hamba Aku Mengenali Daku. Bila dia mencari Aku dan ingat kepada Aku. Aku besertanya. Jika dia mencari Aku di dalam, Aku mendapatkannya dengan Zat Aku. Jika dia ingat dan menyebut Aku di dalam jemaah yang baik, Aku ingat dan menyebutnya di dalam Jemaah yang lebih baik.


Segala yang dikatakan di sini jika berhasrat mencapainya perlulah melakukan Tafakur cara mendapatkaan pengetahuan yang demikian jarang digunakan oleh orang ramai. Nabi Saw bersabda, Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada satu tahun beribadat. Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada tujuh puluh tahun beribadat. Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada seribu tahun beribadat.


Nilai sesuatu Amalan itu tersembunyi di dalam Hakikat kepada yang sebenarnya. Perbuatan bertafakur di sini nampaknya mempunyai Nilai yang berbeza.


Sesiapa merenungi sesuatu perkara dan mencari penyebabnya dia akan mendapati setiap bahagian mempunyai bahagian-bahagian sendiri dan dia juga mendapati setiap satu itu menjadi penyebab kepada berbagai-bagai perkara lain. Renungan begini bernilai satu tahun ibadat.


Sesiapa merenungi kepada pengabdiannya dan mencari penyebab dan alasan dan dia dapat Mengetahui yang demikian, renungannya bernilai lebih daripada tujuh puluh tahun ibadat.


Sesiapa merenungkan Hikmah kebijaksanaan Ilahi dan bidang Makrifat dengan segala kesungguhannya untuk mengenal Allah Yang Maha Tinggi, renungannya bernilai lebih daripada seribu tahun ibadat kerana ini adalah Ilmu pengetahuan yang sebenarnya.


Pengetahuan yang sebenarnya adalah suasana keesaan. Orang arif yang menyintai menyatu dengan yang dicintainya. Daripada alam kebendaan terbang dengan sayap kerohanian meninggi hingga kepada Puncak pencapaian. Bagi Ahli ibadat berjalan di dalam syurga, Sementara orang Arif terbang kepada kedudukan berhampiran dengan Allah Swt.

Para pencinta mempunyai Mata pada Hati mereka

mereka memandang Sementara yang lain terpejam

sayap yang mereka miliki tanpa daging tanpa darah

mereka terbang ke arah Allah jualah yang dicari.


Penerbangan ini terjadi di dalam Alam kerohanian orang Arif. Para Arifbillah mendapat penghormatan dipanggil Insan Sejati, menjadi kekasih Allah,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar