Rabu, 15 Desember 2021

ALLAH MUHAMMAD ADAM

 

Allah Muhammad Adam bersatu tapi bukan satu .

tetapi apa yang menjadi tanda tanya adalah dimana kita dan

siapa kita Aku hembus kan Rahsia Aku

Adam Jasad

Muhammad Nur

Allah Swt. Dzat Allah

ketiga kesatuan itu membentuk menjadi Manusia yang Sempurna Rahsia Aku itu lah Aku.sebenarnya Allah itu sudah sedia kerana dia sudah

menjadi Nyawa pada Rahsia.

Ketika Nabi Isro Mikraj, Nabi berdialog dengan Diri di luar Diri beliau bagaikan Cermin.. Begitu juga Nabi Musa di bukit Tursina pengsan menyaksikan Allah yaitu Melihat Diri di luar Diri begitu juga hamba-hamba yang Mengenal Allah melihat Diri di luar Diri inilah yang Haq inilah yang diAmanahkan Allah

Allah mencipta hambanya kerana Allah ingin melihat Dirinya diluar Dirinya.

Lailahaillallah Syahadad Tubuh meniadakan akan tubuh.

Muhammadarasulullah Syahadad Nyawa meniadakan akan Nyawa

Hu Syahadad Allah Tubuh dan Nyawa mu itu Milikku kata Allah.

jadi kesimpulan Tubuh Nyawa Allah taala Satu

Umat Muhammad Allah Ta'ala Satu

manakala akan menyatu lahirlah hamba namanya.

manakala akan berpisah sesaat untuk Mati Sempurna Maut namanya.

manakala di Dunia Allah berpakaian hamba.

manakala di Syurga hamba berpakaian Allah.

tetap gaibi pada Rahsia.

Islam itu penyerahan, dengan kata mudah,

iaitu menyerah Diri kepada allah.

supaya jelas, Ana nyatakan apa Manusia itu, Manusia terdiri

daripada Nur allah, Nur muhammad, Ruhku, jiwa dan Jasad.

secara Manusia yang belum Makrifatullah itu adalah Nafs, iaitu terdiri dari Jiwa dan Jasad. yang lain itu ada tapi belum dikenali lagi, maka belum berfungsi Nafs ini terdiri dari tujuh peringkat, dari Amarah hinggalah kamaliah

Tiga Nafsu yang pertama adalah Nafsu kotor yang berfungsi untuk menyesatkan Manusia supaya tidak dapat Kembali kepada Allah.

tiga Nafsu tersebut ialah Amarah, lawamah, dan mulhamah, Nafsu inilah yang

perlu dibersihkan supaya ia mencapai Nafsu yang diredai, iaitu Nafsu Mutmainah, Nafsu yang tenang, Nafsu yang diredai, Nafsu yang dipanggil oleh Allah,

Hai jiwa-jiwa Nan tenang kembalilah kepada Allah.

Ante bertanya dimanakah kita?

pada Ana jikalau Ante belum Makrifatullah, Ante berada dalam salah satu Nafsu tiga yang pertama itu, jika benar demikian maka berusahalah supaya Ante mencapi Nafsu Mutmainah, kalau Ante telah mencapai Nafsu itu, Ante telah selamat di Dunia dan Akhirat.

Apabila Ante telah mencapai Nafsu Mutmainah maka Nafsu itu telah menjadi Suci, maka ia akan bersatu dengan Ruhku, gabungan Ruhku dan Nafsu Mutmainah itu akan bergabung pula dengan Nur Muhammad, dan Gabungan Mutmainah, Ruhku, dan Nur Muhammad akan bergabung pula dengan Nur allah, dan Akhirnya kembali kepada Dzat yang maha Suci.

Ante bertanya apakah yang nak diislamkan itu?

di sini maksud nak diislamkan itu sama dengan yang nak disucikan iaitu, Tiga Nafsu yang pertama, Amarah, lawamah dan Mulhamah.

Jasad akan hancur di dalam Tanah,

yang dinisab ialah nafs, jika ia bersih telah mencapai Nafsu Mutmainah ia mendapat balasan yang baik, jika ia kotor Amarah, lawamah, Mulhamah

ia akan diseksa.

Ruhku, Nur Muhamad, Nur Allah memang sudah sedia bersih ia kembali

kepada Dzat Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar