Diri yang Sebenar-benar-nya Diri yang Murni Diri yang lagi satu yang berada di Alam Wahdah.
yang serupa tetapi tidak sebanding kerana hanya Allah yang Maha ADA.
kenapa tidak sebanding.
kerana nyawa hamba hanyalah Bayang-Bayang tiada ada gerak ada Diam
Seorang Salik akan memasuki satu keadaan seperti keadaan orang yang sedang tidur ataupun istilah yang biasa didengar Mati sebelum Mati ataupun dengan istilah yang mudah Diam iaitu fikiran tidak bergerak, Batin dan Jasad juga tidak bergerak.
Allah mematikan Manusia memegang Rohnya ketika Mati, dan bagi yang belum Mati di dalam tidurnya, lalu Allah menahan Roh orang yang telah ditetapkan kematiannya dan melepaskan Roh orang yang lain tidur sampai waktu yang ditentukan.
Bagi Salik yang mencapai tahap ini ia berpeluang untuk memasuki Alam Roh dengan izin Allah.
Keadaan Diam ini dilakukan supaya pencinta mencapai keadaan Mati sebelum Mati atau keadaan semacam orang tidur.
Untuk mencapai keadaan ini, Diam ini perlulah berhujung kepada hilangnya semua perasaan dan fikiran, sehingga tercapai keadaan ketiadaan rasa apa-apa pun, tetapi masih dalam kesedaran.
Diam itu tidak bergerak
Tidak bergerak itu Mati
Mati itu Hakikat tiada
Tiada itu adalah keKosongan
Hanya ada Allah
Sebelum Salik mencapai makam Diam ini, Salik perlu melepasi beberapa tahapan sebelumnya iaitu
FANA RASUL
FANA ALLAH
BAQA ALLAH
Liqa Allah Wujud Allah.
Bagi pencinta Allah ingatlah bahawa
Diam itu adalah Singgahsana NYA
Diam itu adalah Hakikat Muhamad Wahdah
Diam itu adalah Kun Fayakun
Diam itu mengangkat Salik ke Makam Insan Kamil Mukamil.
Tanpa Diam kepongpong tidak akan menjadi kupu-kupu.
Jelaslah sangat penting Diam ini Umpama menunaikan Haji di Mekah tanpa wukuf di Arafah maka tiadalah Haji. ia tidak boleh diganti dengan Diam perlu dilakukan Sendiri.
Memang di dalam berhubungan dengan Allah Diam pada Rahsianya sebab di Nafas kita ada Nafas naik dan ada Nafas turun ada pula Nafas yang tidak turun tidak naik seperti Mati atau bertahan,
manakala Nabi sebelum menerima Mikraj menerima Sholat lima waktu ada Sholat tubuh, ada Sholat nyawa, dan ada Sholat Rahsia inilah keSempurnaan daripada Sholat ditambah Sholat lima waktu.
adapun Sholat tubuh gerak ditubuh tiada lainya Iradah Allah Semata, Sholat nyawa puji di Nafas, tiada lain Allah Memuji Dirinya apa lagi di saat terjaga mahupun tidur, Sholat Rahsia Segala Rahsia lainnya di saat sampai Waktu mudahan bermampat yang di namakan puji Qadin bagi Qadim ANA WALA ANA.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar