Rabu, 15 Desember 2021

FANA HAKIKI

 

Menghapuskan Wujud Diri Sendiri selain Allah inilah Taubat yang Hakiki Apabila Diri dan Sendirian lenyap juga disebut Fana, maka seseorang itu akan sampai ke makam ke-Esaan. Pada ketika itu Allah meMakrifatkan Dirinya dengan kekasihNya.


Tempat ke-Esaan ini Wahdat adalah tempat Hakikat yang sebenar, Hakikat bagi segala Hakikat, tempat kesatuan dan ke-Esaan dengan Allah Yang Maha Pencipta. Itulah tempat Makhluk yang dinamakan hamba berhadap-hadapan dengan Khaliq penciptanya yang disembah sebagai Allah. Inilah tempat yang dikhususkan untuk Para Nabi, Wali dan Kekasih Allah.


Apabila Wujud Ihsan bersatu dengan Wujud Allah, maka Wujud kedua-duanya itu tidak lagi berasingan dan terpisah. Pada Hakikatnya Wujud yang satu itu jua.


Yakinlah apabila Ihsan Makrifatullah berhadapan dengan Allah Diri akan lebur dan Fana juga disebut Mati Syahid iaitu Mati dalam penyaksian Dzat Allah, tiada Wujud-Nya lagi, yang ada hanyalah Wujud Yang Maha Kekal Dzat Allah. Ketika itu Ihsan tidak lagi mahu berpisah dengan Allah apa yang dicarinya selama ini telah ditemukan sehingga Wujud-Nya yang Adam Kosong tidak akan lagi berpisah dengan Wujud Yang Kekal.


Apabila semua perhubungan dengan Dunia telah terputus jangan ambil maksud lahiriah. dan Ihsan telah bersatu dengan Allah maka si Ihsan akan menerima kekudusan dan kesucian yang kekal yang mana tidak ada cacat dan celanya dia menjadi seorang yang dimaksudkan Allah dalam Firmannya,


Wahai Orang yang beriman dan beramal Salih tidaklah Allah beratkan Diri seseorang melainkan sekadar tenaganya mereka ini penghuni Syurga dan mereka kekal di dalamnya.


Inilah yang harus kita usahakan semasa masih di Dunia ini, sehingga kita mencapai Isbatul Yakin, iaitu menyaksikan Allah dengan Mata Hati.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar