Ketika berhimpunnya para fakir Suci di sebuah perjumpaan para Wali, Berkatalah Sultan Aulia yang digelar Wali Qutub pemimpin Para Wali Wahai fakir dijalan Rohani berzuhudlah kamu pada Dunia kerana Dunia itu menipu daya Bukan disini tujuanmu, kampung Akhirat itulah tempat Abadimu. Cintai Allah sepenuh jiwa ragamu Kasihi Rasulullah dan Ulamak Arifbillah Buangkan kebesaran Makhluk dari Hatimu. Besarkan Allah dalam puji dan sanjungmu Bertaubatlah atas dosa kelalaianmu dan jangan mengulangi kedosaan itu setelah Engkau sedar dan beradaplah terhadap Allah
Sucikan Hati, sucikan niatmu dan lemparkan Mazmumah itu ke lautan pembersihan. Isikan pekertimu dengan peradaban Mahmudah dengan jalan Mujahadah Dan paluankan Zikrullah pada Hati yang berkarat daki dunia itu agar bersih cerminmu dengan Cahaya Makrifat Hari-harimu penuhilah dengan keikhlasan ibadah dan bersihkan sejadah iktiqadmu dari berhala keakuan Diri dan keberhalaan Duniawi.
Esakan Allah pada DzatNya, SifatNya, Asm'aNya dan AfaalNya, Tiada yang Maujud di Alam ini pada Hakikatnya melainkan Allah. Engkau harus berserah Diri dan redho akan segala takdir dari Allah Jangan sesekali cuba membantah suratan yang telah ditakdiri. Bergantuglah hanya dengan Allah kerana Makhluk tiada kuasa dan tiada memberi Mudharat tanpa izin Allah Berhina Dirilah dihadapan keperkasaan Allah jangan sombong dan bongkak berjalan di atas Muka Bumi.
Berkasih sayanglah sesama Makhluk kerana itu dituntut oleh Agama. Berpegang teguhlah pada tali Agama dan Ambil Al Quran dan Sunah Nabi sebagai pedoman Diri serta bersabarlah dalam mentaati perintah Allah Jangan Durhaka dan bermuka itu amat tercela dan Engkau akan mendapat Murka nanti dari Yang ESA. Akhir kalam Aku jadilah hamba yang Sejati mentaati segala titah perintah dari Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar