Selasa, 14 Desember 2021

RINTIHAN KALBU SEORANG HAMBA

 

Apabila Raja bukan Matlamatnya pesona Duniawi

Hidup dan Matinya diserahkan pada PenciptaNya

Hidup Matinya dipasrahkan dalam gengamanNya

tiada sebesar zarahpun pakaian sombong ada di Kalbu

hari-hari setiap detik

setiap saat

yang ada di minda

Amal... Amal.. Amal..

Amal apa yang ingin dipersembahkan pada PenciptaNya

rasa tenang bilamana PenciptaNya

sentiasa memakbukan disetiap doanya

rasa syukur dipanjatkan kepadaNya

tasbih tahajjud malam

itulah lambang ketenangan

seorang hamba yang berjiwa hamba

Ya Allah Kekasih Yang Maha Agung

di pagi

Penghulu segala Hari

dengan berkat Selawat

Allahumma Solli Ala SAYYIDINA Muhammad Wa Ala Ali SAYYIDINA Muhammad.

Kau izinkan Aku melakukan amal ibadat seikhlas Hati

Tanpa riyak sebesar zarah pun

Kerana sesungguhnya Ibadatku Hidupku Matiku

Hanyalah keranaMu

Aamiin Aamiin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar