Selasa, 14 Desember 2021

HAKIKAT TAUHID

 

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Dan ingatlah Wahai Muhammad ketika Allah mengeluarkan Zuriat anak-anak Adam turun-temurun daripada tulang belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap Diri mereka Sendiri, sambil Allah bertanya dengan firman-Nya Bukankah Aku Allah kamu. Mereka semua menjawab: Benar Engkaulah Allah kami

Kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak Sesungguhnya kami adalah lalai tidak diberi peringatan tentang Hakikat Tauhid ini.


Apabila membaca firman itu, barangkali ada yang bertanya, Betulkah kita pernah berdialog dengan Allah Swt di Alam Roh Namun, kenapa kita tidak ingat langsung.


Adakah Otak mampu mengingati semula detik itu Tidak, bukan.


Namun, kenapa kita masih percaya Itu disebabkan terdapat bukti yang sangat jelas.


Begitu juga bukti kesahihan Wahyu. Ia sangat jelas untuk kita percaya. Daripada persoalan asas yang diutarakan itu, terbukti Otak kita hebat tetapi terbatas.


Otak kita memerlukan suluhan akidah daripada sumber Wahyu. Kita sekarang berada di fasa ujian atau peperiksaan di Alam Dunia.


Sebelum masuk ke Alam ini dan diuji, Allah Swt membekalkan jawapan dalam Wahyu-Nya secara fitrah, logik akal, bisikan ilham yang baik dan sebagainya.


Jawapan itu akan ditunjukkan semula kepada kita di Akhirat selepas tamat ujian di Dunia ini.


Di dunia, kita diuji bagaimana kita memperdayakan Akidah supaya ia benar-benar berfungsi untuk memandu kehidupan.


Dengan Akidah, kita meyakini Allah Wujud. Dengan Akidah, keperibadian kita mengikut perilaku yang wajar kerana dipandu perintah dan keizinan Allah Swt.


Hakikatnya, kepercayaan mengenai kewujudan Allah Swt tertanam dalam jiwa seseorang secara fitrah.


Kita dilahirkan dalam fitrah iaitu beragama Islam. Bagaimana pula kita mampu menguatkan fitrah agar Akidah mampu berfungsi sebagai kekuatan berhadapan cabaran Zaman.


Bagaimana kita boleh menjadikan Akidah penggerak motivasi untuk menjadi hamba dan khalifah Allah Swt yang lebih baik.


Kita perlu mengetahui pengertian Akidah. Secara bahasa, Akidah adalah simpulan yang kuat.


Simpulan itu adalah keyakinan kukuh tanpa boleh digugat oleh Syak atau keraguan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar