Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman kepada Nabi Daud a.s Wahai Daud Kosongkan untuk Aku sebuah rumah, agar Aku dapat tinggal di dalamnya! Sebaik sahaja Nabi Daud a.s menerima perintah tersebut, Nabi Daud a.s tidak memahami apakah maksud perintah dari Allah itu. Lantas, Baginda pun bertanya Wahai Allahku, bagaimanakah cara untuk Aku dapat melaksanakan perintah Allah itu? Kemudian Allah pun berfirman Kosongkanlah Qalbumu hanya Untukku.
Memandang Kaabah di dalam Masjidil Haram sahaja memperolehi 20 rahmat. Itu baru Kaabah yang Majazi binaan Manusia. Bagaimanakah pula memandang Kaabah yang Batin Haqiqi binaan ALLAH yang Maha Suci. Betapa Agung dan indahnya yang dipandang, yang memandang dan pandangan itu Sendiri tanpa seurat benang bahasa, kata-kata dan huruf, hanya Lautan Wujud ketakjuban.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar