Siapa yang Mengenali Dirinya maka dia Mengenali Allah.
Segala puji bagi Allah Swt Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Ahli keluarga Baginda SAW, Sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Dikatakan bahawa Nabi SAW berSabda:
Sesiapa yang kenal Dirinya maka dia telah Mengenal Allah.
Setelah melihat dan menekuni pendapat para ulama’ dalam menilai hadith ini, maka kami berpendapat bahawa hadith ini adalah palsu dan tiada Asal baginya. Dengan itu, kita sama sekali tidak boleh menyebarkannya kepada orang lain melainkan bagi menyatakan akan kepalsuannya.
Akan tetapi di dalam Nas Ilahi, Allah SWT menuntut hamba-hambanya untuk sentiasa melihat dan berfikir dengan apa yang terdapat pada Diri mereka. Ini dapat dilihat berdasarkan
Dan juga pada Diri kamu Sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan dalil-dalil dan bukti itu.
Pada Diri kamu adalah Wahai sekelian Manusia pada Diri kamu itu terdapat tanda dan pengajaran yang menunjukkan akan ke-Esaan Kebesaran Penciptamu. Selain itu, sesungguhnya tiada Tuhan bagimu selain Allah dan tidak ada sesuatu yang dapat menandingi ciptaan Allah sebagaimana kamu diciptakan. Manakala makna tidakkah Engkau melihatnya bermaksud tidakkah Engkau melihat padanya penciptaanmu lalu Engkau berfikir akannya maka Engkau Mengetahui akan Hakikat ke-Esaan Kebesaran Penciptamu iaitu Allah Swt.
Selain ayat ini, terdapat banyak lagi ayat-ayat atau Nas-Nas Ilahi yang menceritakan akan tuntutan kita untuk sentiasa berfikir dan mengingati Allah Swt dalam apa jua keadaan. Tambahan pula, Allah Swt mengurniakan kita Akal agar kita berfikir serta menggunakannya sebaik-baiknya agar kita tidak termasuk di dalam orang-orang yang kufur di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah Swt.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar