Selasa, 14 Desember 2021

KEMBALI ALLAH

 

Hakikat kehidupan Aku bahawa Aku hidup di Dunia ini hanya untuk meninggalkannya Satu Hari nanti.


Kematian dalam masa seminggu buat Aku terkedu.

Semuanya pergi dalam Usia yang muda

Apa pun jua Semoga Roh Aku yang telah pergi ini dicucuri Rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman.


Menerima satu persatu berita kematian mengingatkan Aku bahawa Mati tidak kenal Usia.

Sampai masa Ajalnya, Malaikat Izrail dihantar untuk mencabut nyawa.

Tiada Enggan, Tiada tangguh, Tiada tidak.

Ini ketentuan dan kehendak Allah Yang Maha Esa.


Terdiam juga seketika.

Aku?

Bila?


Moga Aku menjadi orang yang Istiqamah dalam mengerjakan perintah Allah.

Moga Amalan dan Taubat Aku semua diterima oleh Allah.

Moga hidup dan Mati Aku sentiasa berada di bawah payung Rahmat Allah.


Daripada Allah Aku datang,

Kepada Allah jua Aku kembali.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar