Selasa, 14 Desember 2021

ZAT SIFAT AFA'AL ASMA

 

Zat adalah sesuatu yang tidak berbentuk dan berjisim. Ia tidak boleh digambarkan dengan apa-apa bentuk. Zat Allah adalah milik-Nya yang mutlak dan tersendiri. Zat Allah itu memenuhi dan meliputi langit dan bumi. Aku datang dari cahaya Allah dan seluruh alam. Firman Allah Ertinya Daripada Allah kamu datang dan kepada Allah kamu dikembalikan.


Sifat Allah pula ialah tentang sesuatu yang hidup, berbentuk, berwarna dan apa juga bentuk yang dapat dirasakan, dihidupkan, didengarkan dan disentuh. Itu adalah sifat Allah. Semua yang Wujud di atas Dunia ini baik ianya sesuai ataupun tidak dengan jiwa kita, ia semuanya Sifat dan Zat Allah. Erti Sifat ialah sesuatu kejadian itu adalah di atas kehendak dan keredhaan Allah. Tidak ada sesuatu kejadian yang bukan di atas kehendak dan kemahuan-Nya. Dalam istilah lain apa sahaja yang wujud dalam dunia ini adalah sebagai membayangkan Sifat, ataupun rupa bentuk Allah dalam pandangan Zahir Mata kasar.

Sifat Allah ialah tiada yang hidup, tidak yang mengetahui, tiada yang berkuasa, tiada yang berkehendak, tidak yang mendengar, tiada yang melihat, tiada yang berkata-kata pada Hakikatnya melainkan Allah.


Afaal ialah perbuatan. Sesuatu yang berlaku di atas dunia ini adalah di atas gerak geri Allah. Tidak bergerak sesuatu itu melainkan di atas kehendak-Nya. Perbuatan yang baik adalah perbuatan-Nya, perbuatan yang jahat juga perbuatan-Nya.

Firman Allah

Allah pencipta langit dan Bumi, dan bila Ia berkehendak untuk mencipta sesuatu maka cukuplah Dia hanya mengatakan jadilah lalu jadilah ia.

Afaal Allah ialah tiada yang Ampunya perbuatan dalam Alam ini hanya perbuatan Allah, tiada perbuatan Makhluk sebesar zarah jua dalam Alam ini.


Asma Ertinya nama. Setiap apa yang disebut di atas muka Bumi ini dan mampu dilafazkan oleh lidah dan Hati adalah merupakan nama Allah. Baik nama itu kotor dan jelek pada pengertiannya ataupun baik, ia juga nama Allah Nama Allah yang 99 itu adalah nama Sifat-Nya. Sebaliknya pengertian Asma itu lebih luas dan mendalam dari itu. Asma meliputi apa sahaja nama dan bunyi yang dapat disebut oleh mulut, didengar oleh telinga hinggalah kepada sesuatu yang dapat dimengertikan oleh hati manusia. Ertinya: Ingatlah bahawa sesungguhnya mereka adalah dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingat bahawa sesungguhnya Dia maha meliputi segala sesuatu. Apa sahaja perkataan dan sebutan yang keluar dari mulut kita, itu adalah nama-Nya.


Dalam istilah lain setiap sebutan itu adalah nama Allah. Kita sebenarnya berkomunikasi dengan Allah melalui nama-namanya. Itulah empat perkara penting yang harus kita kenal. Jika kita telah Mengenal-Nya, maka kenallah kita kepada Allah. Kalau kita tidak Mengenal-Nya dengan mendalam, bererti nipislah pengenalan kita kepada Allah. Setelah kita Mengenali secara mendalam terhadap ke empat-empat perkara itu, Zat, Sifat, Asma dan Afaal barulah kita dapat merasakan bahawa Dunia ini penuh dengan Allah. Barulah kita dapat menghayati pengertian dalam surah Qul Hua’Lah yang bermaksud ; Ertinya: Katakan Dia adalah Allah, Maha Esa. Allah adalah pergantungan. Tidak beranak, dan tidak Dia diperanakkan. Dan tidak ada bagi-Nya yang setara, seorang pun.


Kesimpulannya, kita boleh berkenalan dan Mengenali Allah malah perkara ini Wajib dan merupakan Fardu Ain bagi setiap umat Islam. Penemuan kenal dengan Allah ialah sebagai bukti bahawa kita Manusia mempunyai Allah dan menjadi hamba kepada-Nya, serta untuk menyatakan Sumpah janji Semasa di Alam Roh.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar