Mengikut pengertian Makrifat tafsirannya lebih memberi tekanan kepada pengertian Rohani dan pengertian dalam bahasa jiwa Bagi mereka yang Mengenal Allah Makrifat mentafsirkan perkataan Laa itu bermaksud tiada Bermaknanya disini bahawa tidak ada Alam Manusia Binatang tumbuhan Dunia langit dan tidak ada seluruh Makhluk Tidak ada bukit bukau bulan bintang Gunung Ganang, tumbuh-tumbuhan lautan atau daratan segala-galanya Allah itu tidak ada dan tidak Wujud.
Perkataan Isbat yang bermaksud ada Wujud Maknanya disini bahawa kalau tadinya bahawa diperingkat kita tolak dan kita nafikan segala kewujudan Makhluk dan hanya Allah sahaja yang Wujud. Kini diperingkat kita dikehendaki adakan dan wujudkan semula barang yang telah kita tolak nafi buang atau yang telah kita binasakan.
Maksudnya disini bahawa diadakan semula Sifat Alam Manusia, Binatang tumbuhan Dunia langit Bukit Bukau Gunung Ganang lautan dan Daratan semuanya ada Ada Matahari Bulan Binatang Awan Ayam Itik lembu kerbau dan adanya segala Makhluk.
Sungguhpun begitu haruslah diingat oleh kita semua bahawa Wujud-Nya Makhluk di dalam kalimah itu hanya sekadar dalam bentuk Wajah Allah iaitu dalam bentuk Bayang dan nama panggil-panggilan sahaja dan bukannya dalam bentuk Wujud Hakiki sebenar Wujud yang sebenar itu adalah hanya Allah Ta'ala sahaja. Kita sebagai Makhluk Allah kewujudan kita hanyalah sekadar berupa Bayang iaitu sekadar berupa Wajah yang tidak kekal dan tidak Mutlak, Pada perkiraan dan suluhan melalui pelita Makrifat.
Wujudnya Makhluk itu hanya dalam bentuk perkhabaran atau dalam bentuk seumpama Bayang-Bayang sahaja yang tidak Wujud pada kenyataan sebenar. Mengikut suluhan pelita Makrifat hanya Allah sahaja yang Wujud pada kenyataan sebenar.
Itulah makanya apa yang kita lihat itu, akan terpandang Wajah Allah Bilamana lihat Alam, kita akan nampak Allah, bilamana lihat Gunung, nampak Allah dan bila melihat pada sekelian Makhluk, akan terlihat Allah meliputi sekelian Alam Inilah perkataan kalimah yang menjadi pegangan bagi mereka-mereka yang berpandangan Makrifat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar