Tauhid tingkat Tertinggi, Seseorang pada tingkat ini mentashdiqkan Dua Kalimah Syahadah itu sebagai TIADA YANG WUJUD diAlam Mayapada ini.
YANG WUJUD HANYA ALLAH atau dalam bahasa tasawufnya LA MAUJUDA ILLALLAH. Tiada Kalimah Rasul kerana pada mereka Nabi Muhammad itu pada Hakikatnya ialah Sifat Allah Yang Agung. Orang yang berTauhid sebegini beriman bahawa Dirinya Sendiri sebagai Manusia pada Hakikatnya tidak Wujud. Dirinya merupakan Penampakan Allah Yang Nyata didunia ini atau dalam bahasa Tasawufnya disebut sebagai Tajalli Allah Diri Yang Sebenarnya Diri yang meliputi Jasadnya ialah RUH AL-QUDSI ALLAH. Jasadnya yang dianggap hidup itu pada Hakikatnya Mati dan dihidupkan oleh RUH AL-QUDSI ALLAH iaitu nyawanya. Dirinya sebagai Manusia merupakan Alat atau Sandaran Allah untuk menunjukkan KeAgunganNya, Kesempurnaan dan Kebesaran Allah. Sekiranya Anda menganggap bahawa Anda adalah penganut Ilmu Hakikat sewajarnyalah Anda bertauhid pada peringkat Tauhid Khusus Al-Khusus ini.
Tauhid ini disebut juga TAUHID DZAT yang merangkumi Tauhid Sifat, Asma’ Af’aal. Guru Mursyid mengumpamakan Tauhid ini dengan RASA LEMAK SANTAN KELAPA iaitu ZAT dalam Santan kelapa itu. Orang pada tingkat ini bersaksi bahwa TIADA YANG WUJUD diseluruh Alam ini YANG WUJUD HANYA ALLAH
LA MAUJUDA ILLALLAH
orang pada tingkat ini sudah MENGETAHUI bahwa Dirinya merupakan sebagai Tajalli Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar