Hidup tubuh kerana nyawa, hidup nyawa kerana Allah. Tahu Hati kerana tahu Ruh, tahu Ruh kerana Allah. Kuasa anggota tubuh kerana Ruh, kuasa Ruh kerana kuasa Allah. Berkehendak puad kerana berkehendak Ruh, berkehendak Ruh kerana berkehendak Allah. Mengdengar telinga kerana mendengar Ruh, mendengar Ruh kerana mendengar Allah. Melihat mata kerana melihat Ruh, melihat Ruh kerana melihat Allah. Berkata mulut kerana berkata Ruh, berkata Ruh kerana berkata Allah.
Maka kita rumuskan pula tentang Diri Bathin itu sebagai berikut dibawah ini
Wujud Bathin, Hakikatnya adalah Wujud Allah, kepada kita jadi Rahsia. Maksudnya tentang Zat Allah itu tidak dapat dilihat dan diraba, hanya dengan Nur iman dan dirasakan oleh sinar hati. Inilah yang dimaksud oleh hadits yang berbunyi
Al insanu sirri wa ana sirrohu
Insan itu RahsiaKu dan Aku pun Rahsianya
Ilmu Bathin, hakikatnya adalah Sifat Allah, yang kepada kita menjadi Nyawa Ruh. Dan ruh itulah tempat majhor Sifat-Sifat Allah. Hingga dia kuasa memerintahkan jasad dan lain-lainnya.
Nur bathin, hakikatnya Asma Allah, yang kepada kita menjadi hati. Maksudnya Hati itu adalah tempat majhor daripada Asma Allah.
Syuhud Bathin, Hakikatnya adalah Afa’al Allah, yang kepada kita menjadi batang tubuh. Maksudnya batang tubuh kita ini adalah tempat majhor dan tempat nyata perbuatan Allah. Jalannya adalah bahawa segala amal usaha lahir yang dilakukan oleh Manusia. Tapi pada Hakikatnya dan pada Bathinnya adalah Semata-mata perbuatan Allah.
Maka hal itu dinamakan penyaksian Bathin. Kerana Amal usaha Zahir itulah yang membuktikan perbuatan Bathin. Itulah yang memberi bekas, kerana terjadi dari Sifat Bathin, yang tidak boleh lepas dari ujudnya : yakni Zatnya yang maha kuasa. Demikianlah yang dinamakan Tauhidul Zat, Tauhidul Sifat, Tuahidul Asma, Tauhidul Afa’al. maka melihat sesuatu apa saja perbuatan Allah. Maka dengan demikian FANA lah yang lain : yakni Ujud Zahir dan Sifat Zahir, dikala itu tidak ada yang ada kecuali Bathin. Maka sekarang Bathinlah yang melihat Bathin melihat gerakan Zat. Dari itu maka jelaslah sekarang kepada kita bahawa yang memandang ia yang memandang. Dan kalau sudah mantap pandangan ini, dengan sendirinya naiklah ke makam Baqabillah. Kerana pada makam ini seperti ucapan Ahli Tasawuf, BAQA itu ialah daripada ALLAH, dan dengan ALLAH
Tidak ada komentar:
Posting Komentar