Rabu, 15 Desember 2021

RUH SEBENARNYA

 

Ruh itu adalah Diri kita yang Sebenarnya.Yang kita harus tahu Mengenai Sifat-Sifatnya dan Asal Usulnya kerana Ruh inilah yang akan Kembali kehadrat Allah dan bukannya Diri Jasad ini Jasad hanya menjadi pembungkus Diri Batin yang SifatNya Mahdas dan akan hancur ditelan Bumi.


Pembersihan Ruh yang tidak melalui jalan keNabian tidak akan membawa Manusia kepada Makrifat, tetapi akan membawanya kepada bentuk khayalan di Alam Rohani yang dicipta oleh Jin dan Syaithan, sebagaimana mereka yang mengikuti thaghut dan sebagainya.Hal ini telah disedari oleh kebanyakan mereka kerana kekuatan Rohani mereka hanya terbatas di Alam Malakut sedangkan kekuatan Rohani orang Islam tiada batasannya Justeru itu jika kerohanian Islam bertembung dengan yang bukan Islam Nescaya kerohanian bukan Islam rebah tersungkur.Hal ini disebutkan dalam Al-Qur;an:


Firman Allah swt: Jika datang kebenaran akan terhapuslah Segala kebatilan.


Ilmu mereka tidak dapat menembusi seorang Mukmin yang memiliki kekuatan kerohanian Hal ini dapat kita lihat berlaku kepada pendakwah-pendakwah Islam misalnya di Alam Melayu, Nusantara dan India, di mana mereka dapat menundukkan kehebatan Ilmu dari ketua-ketua Agama luar dari Islam sehingga ramai di antara mereka memeluk Islam Ini tidak lain kerana ilmu-ilmu kebatinan mereka bersandarkan kepada Jin dan Syaitan sedangkan Ilmu kerohanian Islam bersandarkan kepada Allah swt.

Bagi mereka yang mahu membina tenaga kerohanian, perkara-perkara yang bersangkut paut dengan kehebatan yang berbentuk maknawi bukanlah menjadi tujuan.Mereka berpegang dengan kalimah Ilaahi anta maqsudi, wa ridha kamatluubi yang bermaksud, Hanyalah pada Mu Allah yang kami maksudkan dan keredhaan Engkau yang dicari

Kerana ilmu-ilmu seperti itu adalah rendah disisi Allah swt kerana berbentuk Duniawi yang akan hancur.Malah Ilmu itu tidak dapat memberi perlindungan kepadanya dalam menghadapi Sakaratul Maut, ketika di Alam barzakh dan seterusnya di Alam Akhirat Mereka beramal Semata mata untuk menuju pembinaan Iman kerana bagi mereka, sesiapa yang berjaya menjadi kekasih Allah swt, segala Ilmu dan kelebihan Dunia dan Akhirat diperolehi dengan Mudah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar