Mendapat namanya dari perkataan Ilah yang umumnya dimaksudkan sebagai Allah yang disembah Tauhid Uluhiyyah meminta Umat Islam Supaya mengesakan Allah sebagai satu-satunya Allah yang diabdikan Diri kepada Allah Pengabdian tersebut hendaklah dibuat dalam Semua sudut.
Mengesakan Allah sebagai tempat atau Matlamat pengabdian Mukmin tidak boleh mengabdikan Dirinya kepada selain dari Allah
Firman Allah Swt Maksudnya Hai Orang- Orang yang beriman rukuklah Sujudlah dan Sembahlah kamu akan Allah serta perbuatlah kebajikan Supaya kamu mendapat kemenangan Allah berfirman Maksudnya Katakanlah Solat Aku Ibadat Aku hidup Aku dan Mari Aku adalah hanya untuk Allah Semesta Alam.
Mengambil Sembahan yang lain bererti Mensyirikkan Allah Swt Segala khidmat di dalam hidup Seorang Muslim adalah ditujukan untuk Mentaati perintah Allah.
Menjadikan Allah Sebagai tempat berlindung dalam Segala perkara Semua perlindungan yang diberikan oleh Makhluk adalah bersifat Sementara dan bergantung kepada keizinan Allah Firman Allah Maksudnya Dialah Allah Timur dan Barat tiada’Ilah melainkan Allah Maka ambillah Allah Sebagai pelindung
Allah berfirman Maksudnya Katakanlah Mengapa kamu menyembah selain Allah iaitu sesuatu yang tidak dapat memberi Mudarat mahupun Manfaat Padahal Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Menjadikan Allah Sebagai tumpuan kecintaan.
Tanda mengesakan Allah di sudut uluhiyyah juga ialah dengan menjadikanNya sebagai tumpuan kecintaan. Tidak ada cinta yang lebih Agung daru Cinta Mukmin kepada Allah
Allah menjelaskannya Maksudnya Katakanlah jika bapa-bapa anak-anak saudara-saudara perniagaan yang kamu khuatiri kerugiaannya, dan rumah tampat tinggal yanh kamu sukai adalah lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNya dan berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.
Mengesakan Allah sebagai pemberi rezeki.
Pada hakikatnya, Allah sahajalah yang membei rezeki. Makhluk hanyalah sebagai perantara atau penyampai sahaja dan tidak berupaya untuk menambah ataupun mengurangi rezeki sesiapa. Firman Allah
Maksudnya Hai Manusia ingatlah akan Nikmat Allah kepadamu Apakah ada pencipta selain Allah yanh dapat memberi kamu rezeki dari langit dan Bumi Tiada Ilah Selain Allah Maka mengapakah kamu berpaling dari mengesakan Allah
Setiap Muslim yang memahami pengertian Ilah akan melepaskan Diri dari pergantungan kepada Selain Allah dalam mendapatkan rezekinya. mereka meyakini bahawa Semua Sumber rezeki adalah dari Allah dan sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas sekali.
Membenarkan bahawa Allah adalah sumber perundangan
Semua peraturan bagi Alam dan isinya termasuk Manusia telah ditetapkan oleh Allah. Allah yang berhak untuk menentukan segala perundangan dan peratauran maka Manusia hendaklah merujuk kepada Allah Manusia dibenarkan membuat peratauran tambahan selagi maka tidak bertentangan dengan hukum Allah. Sebagai Mukmin kita hendaklah berkeyakinan bahawa Semua hokum Allah mengatasi peraturan yang dibuat oleh Manusia Firman Allah
Maksudnya Apakah hokum jahiliyah yang mereka kehendaki Hukum siapakah yang lebih baik lagi dari dari hokum Allah bagi Orang-Orang yang yakin
Allah berfirman
Maksudnya Barang Siapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itu adalah orang kafir.
Oleh itu Seorang Muslim hendaklah dengan sepenuh Hati menerima Segala ketetapan Hukum yang telah diputuskan oleh Allah tanpa ragu-ragu dan berusaha untuk melaksanakan dalam kehidupan mereka
Tidak ada komentar:
Posting Komentar